Susulan isu dakwaan serangan terhadap Shila Amzah, penyanyi legenda rock Amy Search dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Pertahan Amy Search, Tempelak Betin* Cetus Pergaduhan – ‘Dia Kena Caci Dengan Tahi Kau Buat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Ella Atau Awie Tetapi Bapa Nabila Huda’ – Shila Amzah
Sokongan peminat
View this post on Instagram
Menerusi salah sebuah hantaran di Instagram, tinjauan mendapati segelintir warganet percaya bahawa pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman yang dikenali mereka itu tidak akan bertindak sedemikian.
Amy yang dikenali tak suka gaduh dengan orang sepanjang karier dan itulah sifatnya.
Kesian Amy, aku tau dia bukan macam itu!
Rasanya Amy takkan buat benda-benda pelik kalau tak ada orang yang hasut dia.
Jaga nama

Dalam masa yang sama, warganet juga meminta pelantun lagu Fantasia Bulan Madu tersebut untuk bertindak matang dalam menyelesaikan isu berkenaan demi menjaga reputasinya dalam industri seni.
Amy yang aku tahu bukan hamak kontroversi, kalau boleh cubalah bersihkan nama baik.
Industri Malaysia ini kecik sahaja kenapa sampai serang menyerang? Jadilah profesional.
Sebelum ini, Shila Amzah didakwa diserang ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, dipercayai berpunca daripada ciapannya di platform X yang menyatakan sokongan terhadap luahan Nabila Huda mengenai isu ibu tiri.
Bagaimanapun, Shila menjelaskan dia sekadar memberi sokongan sebagai rakan seindustri tanpa berniat mencampuri urusan peribadi sesiapa.
Sumber: IG
The post Perminat Percaya Amy Search Bukan Kaki Gaduh – ‘Dia Tak Hamak Kontroversi’ first appeared on OHBULAN!.





