Pelakon, Norish Karman tampil memberikan penjelasan berhubung jumlah wang ratusan ribu ringgit yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Sahabat Yang Nak Tuntut Hutang Boleh Mesej, Tak Perlu Burukkan Di Facebook & Kata Saya Scammer’ – Norish Karman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Norish Karman Perjelas Dakwaan Tak Bekerja – ‘Dari Umur 13 Lagi Sudah Mula Berniaga’
Tak dapat duit

Menerusi potongan klip podcast Sembang Wanita terbitan Mingguan Wanita, Norish menjelaskan dia tidak pernah menerima wang sebanyak RM200,000.
Katanya, ahli perniagaan itu tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan wang tunai tanpa sebarang hasil kerja.
Ahli perniagaan itu bukanlah orang yang bodoh, takkanlah dia nak bagi saya terus RM200,000.
Untuk dia bagi saya jumlah itu, satu malam itu dia kena buat jualan cecah RM1 juta.
Kami hanya buat live dua hingga tiga jam.
Jadi, kami tidak juga dapat RM150,000, atau RM50,000 atau separuh daripada itu.
Norish menegaskan kehadirannya dalam sesi siaran langsung (live) bersama usahawan terkenal bukanlah untuk meminta sedekah.
Norish memaklumkan dia bekerja secara profesional sebagai hos jualan atau live host.
Pertama, kami buat live tu sebagai live host bermaksud bekerja di mana perlu menjual sebanyak mana produk jualan.
Apabila bekerja kami dapat pendapatan.
Dalam pada itu, Norish turut berkata dia juga tiada kenderaan yang mahal namun mempunyai kenderaan lama yang pernah dibelinya pada suatu ketika dahulu.
Saya tak malu dengan kereta saya sebab saya masih The Norish Karman. Buat masa ini kami masih memandu kereta rosak kami.
Memang cita-cita nak gantikan kereta yang lebih baik kerana anak-anak makin membesar kerana kereta sekarang agak sempit.
Saya rasa bukan saya sorang tetapi ramai para ibu di luar sana yang mencintai anak mereka pasti ingin berkehendak sesuatu lebih baik untuk anak mereka, bukan dari segi kereta tapi rumah dan segala-galanya.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Norish Karman Dakwa Tak Dapat RM200,000 – ‘Anak-Anak Dicaci, Kami Tidak Ada Kereta Mahal’ first appeared on OHBULAN!.





