Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz, memberi respon berhubung luahan segelintir pihak mengenai harga makanan di restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Bidas Netizen Persoal Perkataan ‘Rembayung’ – ‘Kedai Yang Ada Kesalahan Ejaan Mereka Sunyi Pula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Makanan mahal

Menerusi hantaran di laman Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz meluahkan rasa kesal dengan individu yang menyoal tentang harga makanan yang didakwa terlalu mahal di restoran tersebut.
‘Mahal makanan-makanan di Rembayung.’
Ucapan itu lahir daripada lidah yang setiap hujung minggu ke Sukiya, menelan makanan western RM30 tanpa berkira.
Malah pergi food fest, harga shawarma RM20 pun tak apa.
Menurut Zhiddin, setiap orang sepatutnya menghargai juadah yang berasal dari warisan tempatan berbanding dari negara luar.
Begitulah, rendahnya nilai bangsa kita yang dilihat oleh segelintir manusia.
Yang lahir dari tanah sendiri wajar direndahkan nilainya, yang datang dari luar pula dibela harganya.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendangan anak kepada pengacara terkenal, Allahyarham Aziz Desa itu.
Dalam masa sama, warganet berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempromosikan lagi makanan dari kepelbagai bangsa yang ada di negara ini.
Sumber: Threads Zhiddin Aziz
The post Zhiddin Aziz Kesal Ada Pihak Persoal Harga Makanan Di Rembayung Mahal – ‘Makan Western RM30, Shawarma RM20 Tak Apa Pula’ first appeared on OHBULAN!.





