
Pelakon Shakilla Khoriri pelik dengan segelintir pihak yang mendakwa dirinya melakukan pengabaian terhadap Ameena Sofia sehingga anaknya itu dimasukkan ke hospital.
Ada pihak dakwa abai anak?
Sebaliknya, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini berpendapat dakwaan itu hanyalah cara seseorang untuk menutupkan kesalahan dan kebodohan diri sendiri dengan cara menunding jari kepada orang lain.
Ada juga yang pertikai aku abai makan minum anak aku sampai masuk hospital?
Lawak! Manusia hebat tutup kesalahan dan kebodohan sendiri dengan menunding jari pada orang lain.
Aku malas layan, janji Ameena sihat.
Tambah Shakilla, dia tidak pernah menjadikan kesihatan anaknya itu sebagai satu bentuk konten di media sosial.
Anak ini sakit dia mana boleh tempah-tempah. Bukan nya boleh buat konten.
Aku tak hidup dengan konten terutama sekali pasal anak. Aku kongsi supaya beri manfaat pada semua.
Kesihatan turut terganggu

Dalam pada yang sama, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Bisik Bisik Gelora’ mendedahkan kesihatan dirinya dan suami, Fariz Zulkepley turut terjejas selepas berjangkit dengan Ameena.
Dekat seminggu melayan demam Ameena. Kejap datang, kejap pergi. Sampai berjangkit Umi dan Uncle Fariz tak jugak hilang.
Dah tak sedap hati terus bawa hospital and ‘check in’ sini dua malam. Insya-Allah hari ini (Sabtu) ‘check out’.
Lebih baik berehat di rumah, lebih selesa.
Terdahulu, Shakilla berkongsi detik cemas mengenai Ameena yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam sehingga tidak berselera untuk menjamah makanan selama beberapa hari.





