30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarif Ghazzi Tak Mahu Setakat Ada Sijil SPM, Rancang Sambung Pengajian Di Peringkat Diploma & Ijazah

    Shopee Sale



    Zarif Ghazzi

    Meskipun memulakan kerjaya seni sebagai pelakon pada usia muda, Zarif Ghazzi, 21, tidak pernah memadam impiannya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

    Sambung pengajian

    Zarif Ghazzi

    Merancang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi, Zarif begaimanapun menyimpan dahulu hasratnya itu buat sementara waktu bagi memberi fokus kepada bidang lakonan yang sememangnya sudah menjadi cita-cita sejak kecil.

    Sebelum ini saya ada satu tanggapan yang mana saya fikir kenapa perlu sambung belajar sedangkan boleh buat apa yang kita minat.

    Apabila saya sedar bahawa pemikiran sebegitu adalah salah kerana ilmu yang perlu dituntut di dunia ini tidak akan pernah habis.

    Saya setakat ada sijil SPM sahaja dan memang ada perancangan untuk sambung belajar, paling tidak saya mahu menggenggam diploma atau ijazah, tak nak sekadar SPM.

    Cita-cita sejak sekolah

    Zarif Ghazzi

    Berkongsi perjalanan memulakan kerjaya seni, Zarif memberitahu, dia sanggup datang jauh dari Johor ke Kuala Lumpur seorang diri untuk mencari peluang menceburi bidang lakonan.

    MENARIK:  Puteri Sarah Liyana Mengabadikan Kenangan dalam Selfie Setelah 11 Kali Jumpa Dekat di Brunei

    Malah, ibu bapanya juga tidak menghalang minatnya dan berpesan supaya melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

    Sejak dibangku sekolah, kalau cikgu atau kawan-kawan tanya dah besar nak jadi apa, saya akan jawab mahu jadi pelakon.

    Ibu dan ayah saya juga menyokong, mereka tidak menghalang. Mereka kata kalau nak masuk bidang seni pastikan buat bersungguh-sungguh.

    Jadi selepas habis sahaja SPM, saya kumpul duit untuk datang ke KL dan cuba pelbagai uji bakat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah