26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zara Zya Nafi Hubungan Dengan Rakan Selebriti Retak – ‘Kelakar, Tak Bergambar Terus Cop Bermusuh’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zara Zya menafikan hubungannya bersama rakan-rakan selebriti iaitu Jihan Muse, Shila Amzah dan juga Fara Fauzana sedang retak.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dedah Rakan Selebriti Tak Pernah ‘Bocorkan’ Masalah Peribadi – ‘Mereka Tahu Semuanya Tapi..’

    Artikel Berkaitan: ‘Memandu Dalam Keadaan Mabuk Adalah Pilihan Yang Mampu Meragut Nyawa’ – Zara Zya

    Okay saja

    Menerusi satu komen balas di Threads, pemilik nama Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 41, menganggap tanggapan segelintir pihak yang mengaitkan ketiadaan gambar bersama di media sosial sebagai tanda perselisihan adalah agak melucukan.

    Kata Zara, pemikiran seperti itu boleh membawa persepsi yang kurang sihat dalam kalangan ramai.

    MENARIK:  Tune Talk Angkat Tuney Sebagai Wajah Ultra Fast 5G!

    Dalam masa sama, pelakon drama Love You Mr. Arrogant menegaskan hubungan mereka masih baik seperti biasa.

    Eh kelakar la. Tak bergambar terus cop bermusuh. pemikiran macam ini agak bahaya.

    Kami okay saja, alhamdulillah.

    Terdahulu, satu akaun di Thread mendakwa hubungan aktres itu dengan rakan-rakan artis lain dilanda konflik selepas mereka dilihat sudah lama tidak tampil bersama.

    Sumber: Threads

    The post Zara Zya Nafi Hubungan Dengan Rakan Selebriti Retak – ‘Kelakar, Tak Bergambar Terus Cop Bermusuh’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah