34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zairi Aziz Gembira Bertemu Nasha Aziz, Kongsi Kakak Banyak Titip Nasihat – ‘Dia Pesan Jangan Terkait Cinta Lokasi’

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Zairi Aziz berkongsi detik gembira apabila dapat bertemu dengan kakaknya yang juga aktres terkenal, Nasha Aziz setelah sekian lama mereka tidak bersua.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nasha Aziz Bantu Warga Emas Kutip Barang Terpakai Buat Netizen Terharu – ‘Kecantikannya Sama Cantik Dengan Budi Pekerti’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nasha Aziz Bersihkan Kubur Sambil ‘Live’

    Bertemu Nasha Aziz

    Zairi Aziz, 24, memaklumkan bahawa mereka bertemu ketika menghadiri ke tayangan filem The Voice of Hind Rajab yang berlangsung pada Selasa lalu.

    Menurut Zairi, dia menyifatkan pertemuan tersebut sebagai satu momen yang istimewa kerana dapat bertentang mata dan meluangkan masa bersama Nasha.

    Kami baru sahaja bertemu di majlis tayangan filem tersebut dan saya sangat gembira dapat bertemu dengannya. Betul, itu pertama kali saya menemuinya sejak aktif dalam industri.

    Ketika berjumpa dia ialah seorang yang sangat ceria manakala saya pula sangat introvert dan pemalu tetapi selepas lama kami berbual, semuanya okay sahaja.

    Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana berasa malu sebab menghormatinya sebagai ahli keluarga.

    Zairi berkata demikan ketika ditemui pada sidang media drama Kelas Belakang di TGV, KLCC pada Rabu.

    Beri nasihat

    View this post on Instagram

    A post shared by Zairi Aziz (@zairiaaziz)

    Bercerita lanjut, Zairi memberitahu, sebagai seorang pelakon senior, Nasha juga banyak berkongsi nasihat tentang selok-belok industri hiburan selain memberi sokongan penuh terhadapnya.

    Dia sangat menyokong saya, banyak kongsikan tips tentang bagaimana untuk kekal relavan dalam industri dan kita pun tahu dia ialah seorang pelakon lagenda yang hebat.

    Dia pesan pada saya, jangan terkait dengan cinta lokasi. InsyaAllah, saya berharap tidak akan berlaku dan akan dengar nasihatnya.

    Dia seorang kakak yang sangat baik, saya doakan dia semoga dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan setiap urusannya berjalan dengan lancar.

    Dalam perkembangan lain, Zairi merupakan tunggak utama dalam drama Kelas Belakang iaitu sebuah karya yang memaparkan tentang realiti peljar di kelas paling tercorot, sering dipandang remeh dan dipinggirkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Prince Syed Berhabis Lebih RM15K Untuk Baju Raya Isteri, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Hasil – ‘Setiap Tahun, Memang Menunggu’

    Kelas Belakang turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Amylia Aidura, Farihin Arnia, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

    Untuk info, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu akan memulakan tayangannya pada hari ini di platform penstriman Viu.

    The post Zairi Aziz Gembira Bertemu Nasha Aziz, Kongsi Kakak Banyak Titip Nasihat – ‘Dia Pesan Jangan Terkait Cinta Lokasi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah