
Selepas bertahun menggunakan perkhidmatan kereta sewa, pelakon dan model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur kerana dapat membeli sebuah kereta.
Beli kereta baharu

Menerusi Threads, Zahnita memuat naik semula rakaman video memaparkan posting di Instagram Story yang dimuat naik seorang jurujual kereta.
Pelakon filem ‘Kuliah Cinta’ itu kelihatan gembira bergambar bersebelahan kereta baharunya yang berona biru muda sambil memegang jambangan bunga.
Lepas ini tak perlu dah lenjan pakai kereta sewa.
Terima kasih kepada Elle dan Ida (jurujual).
Sangat berpuas hati, terima kasih banyak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seronok melihat kejayaan Zahnita dan menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon itu.
Mereka juga memuji penampilan Zahnita yang dilihat semakin berseri-seri.
Komen netizen







