29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kecantikan Puteri Balqis Memukau Netizen Dengan Sentuhan Magis Alha Alfa – Ada Persamaan Dengan Pelakon Thailand

    Shopee Sale



    Bila sebut pasal solekan, sudah tentu wargamaya gemar melihat tata rias yang dilakukan jurusolek artis terkenal iaitu Datuk Seri Alha Alfa.

    Alha yang juga merupakan pengasas produk kosmetik Alha Alfa dilihat sering berkongsi hasil solekannya di media sosial.

    Sentuhas magis buat Puteri Balqis

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by http://www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

    Terbaharu, Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil tampil berkongsi hantaran video dirinya menata rias pelakon remaja terkenal, Puteri Balqis.

    Menerusi video tersebut, dapat dilihat Alha menggunakan element solekan berona merah jambu untuk menaikkan lagi seri wajah pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award itu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kami Pernah Rapat Dulu, Saya Sudah Berdamai Dengan Takdir’ – Muaz Zabir

    Kecantikan Puteri Balqis lebih terserlah apabila dia turut memperagakan busana pengantin dan memakai ‘crown’ di atas kepala.

    Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan rata-ratanya memuji hasil kerja yang dilakukan Alha.

    Netizen juga turut memuji kecantikan wajah Puteri Balqis sambil menyamakan wajah pelakon berusia 17 tahun persis seperti pelakon Thailand.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah