28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita Kenal Bertahun Pun, Ramai Juga Curang’ – Hajar Hanif

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif tampil menjawab persoalan netizen berhubung isu mendirikan rumah tangga terlalu cepat bersama suami, Azwan Aziz.

    Tak serik ke?

    Menurut Hajar, setiap manusia mempunyai kisah lampau. Sebagai manusia biasa, dia cuba untuk melupakan kisah silam yang pernah berlaku mahupun terjadi.

    Masa bujang 90 peratus orang nakal saya rasa, dan kami tidak ambil peduli tentang kisah lampau. Cuma saya akan ambil berat tentang selepas berkahwin. Kita kenal bertahun pun, ramai juga curang.

    Tambah Hajar, tempoh perkenalan dengan seseorang tidak menjamin apa pun.

    Doakan yang baik-baik.

    Sekadar info, Hajar selamat mendirikan rumah tangga dengan influencer, Azwan Aziz, Sabtu lalu.

    Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Hanif Gohar Rahman di hadapan jurunikah, Syed Abdullah Syed Nordin.

    MENARIK:  Dayana Roza Raya Kali Ini Berbeza, Kenangan Tragedi Huru Hara Ambil Lemang Naik Motor Semasa PKP Diingati

    Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah Masjid di Kuala Lumpur, Hajar menerima mas kahwin berjumlah RM300, bagaimanapun jumlah hantaran dirahsiakan.

    Difahamkan, majlis penyatuan dua hati itu berlangsung secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah