29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yusof Haslam Syukur, Syamsul Pulang Beraya – ‘Aidilfitri Ini Lebih Meriah’

    Shopee Sale



    Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila anaknya yang juga pengarah Syamsul Yusof bersama-sama meraikan Aidilfitri tahun ini.

    Beraya bersama

    Ketika ditemui , Yusof berkata, dia dan isteri Datin Patimah Ismail teruja untuk menanti kepulangan anak dan cucu mereka.

    Alhamdulillah, raya tahun ini Syamsul pulang bersama kami sekeluarga dan ini adalah peluang buat kami raya bersama semula selepas beberapa tahun dia tidak pulang.

    Saya dan isteri sangat bersyukur kerana kami sudah bersatu semula. Raya tahun ini lebih meriah kerana semua anak cucu berkumpul bersama.

    Dalam masa yang sama, penerbit berusia 70 tahun itu juga senang melihat perhubungan antara Syamsul dan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana yang telah memilh jalan damai.

    Kami sekeluarga ada berbuka bersama termasuk Puteri Sarah, Syamsul dan besan yang lain. Saya mahukan itu, kalau ada perceraian yang berlaku buatlah hubungan itu seperti kawan.

    Janganlah bermusuh, dunia ini kecil sahaja, pusing-pusing pun akan jumpa balik.

    Nasihat buat anak-anak

    Justeru, Yusof nasihati mereka supaya mengetepikan ego dan memaafkan antara satu sama lain selain menyelesaikan konflik dalam keadaan tenang.

    Jangan simpan dalam hati kerana nanti kita akan jadi tidak tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.

    Begitu juga saya lakukan, sekiranya ada yang buat salah, saya sendiri akan minta maaf dulu. Bukan apa, kadang-kadang semua ini ego sahaja.

    Saya fikir tak mengapa mengalah demi mencari kedamaian. Begitu juga dengan isteri, kalau bergaduh saya juga akan ambil langkah mengaku salah supaya keadaan tidak jadi lebih keruh.

    Terdahulu, Syamsul bersama keluarga dilihat kembali mesra ketika meluangkan masa bersama bercuti di Switzerland sekitar Januari lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Pengantin Lelaki Dedah Perkara Sebenar..Dah Perhabis Lebih RM30k – ‘Ada Penglibatan Orang Ketiga’

    Sebelum ini, konflik antara Syamsul bersama dua ibu bapanya bermula apabila dia dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.

    Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Syamsul bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

    Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya Syamsul kembali ke pangkuan keluarga setelah bercerai dengan Ira pada September tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah