27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yazmin Aziz Hangat Bercinta Dengan Bapa Anak Satu?

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pempengaruh sensasi, Yazmin Aziz sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pencipta kandungan dari Filipina.

    Hangat bercinta?

    Hasil pemerhatian , lelaki tersebut dikenali sebagai Simon Joseph Javier kerap memuat naik foto mesra bersama Yazmin atau nama penuhnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 24, di Instagram miliknya.

    Tidak sekadar berkongsi foto mesra berdua, malah kapsyen yang ditulis Simon  pada setiap hantaran turut mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka kini berada dalam fasa mengenali hati budi sebelum melangkah ke arah yang lebih serius.

    Menerusi perkongsian terbaharu, Simon meluahkan rasa hatinya terhadap Yazmin dan menyatakan kesungguhannya dalam hubungan itu.

    Saya bukanlah sempurna, tapi saya janji akan menyayangi kamu sepenuh hati, Yazmin. Kita masih dalam proses mengenali satu sama lain dan saya bukan di sini untuk main-main. 

    Saya di sini untuk layan kamu dengan baik dan jadi teman lelaki yang baik untuk masa depan, sebab kamu adalah seseorang yang berbaloi untuk diperjuangkan.

    Bukan itu sahaja, mereka berdua dilihat kerap meluangkan masa bersama-sama dan terbuka mempamerkan keakraban serta kemesraan mereka di media sosial. 

    MENARIK:  [VIDEO] Penyayang Nora Danish Menyentuh Hati dengan Ciuman di Dahi Anak Yatim – ‘Tunjukkan Keikhlasannya’

    Untuk rekod, Simon merupakan warga Filipina dan beragama Kristian. 

    Difahamkan, Simon masih bujang dan belum berkahwin namun memiliki seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Sapphire Love Javier.

    Sumber: Instagram Simon

    The post Yazmin Aziz Hangat Bercinta Dengan Bapa Anak Satu? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah