28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yazmin Aziz Bercium Dengan Kekasih Depan Khalayak Ramai, Netizen Kecam – ‘Ingat, Awak Itu Islam’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan personaliti media sosial, Yazmin Aziz menerima kecaman selepas tular video memaparkan dia bercium dengan teman lelakinya, Simon Joseph Javier.

    Artikel Berkaitan: Yazmin Aziz Hangat Bercinta Dengan Bapa Anak Satu?

    Bercium depan umum

    Momen itu berlaku di atas pentas ketika majlis kemenangan Simon dalam pertandingan Mister National Universe anjuran Mister International Philippines 2025 (MIPH 2025) yang berlangsung di Manila, Filipina, pada malam Ahad.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Yazmin yang mengenakan gaun hitam labuh dilihat memeluk dan mencium Simon di hadapan khalayak umum sejurus pengumuman kemenangan dibuat.

    Ciuman pemenang Mister National Universe MIPH 2025, Simon dan teman wanitanya, Yazmin Aziz.

    Tindakan itu menerima kecaman hebat netizen yang mempersoalkan tindakan Yazmin sebagai seorang wanita beragama Islam.

    MENARIK:  Zahnita Dakwa Suami Beri Syarat Tarik Laporan Kes Pukul Jika Mahu Bercerai – ‘Dia Cuba Tunjukkan Dia Tak Bersalah’

    Ramai meluahkan rasa tidak senang dan kecewa, malah ada yang membangkitkan kenyataan terdahulu Simon yang kononnya menyatakan hasrat untuk hanya mencium Yazmin selepas mereka bernikah.

    Sebelum ini, Yazmin mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Simon selepas berkenalan menerusi media sosial.

    Menurut Yazmin, dia terpikat dengan sikap penyayang dan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh duda anak satu itu sepanjang perkenalan mereka.

    Sumber: TikTok

    The post Yazmin Aziz Bercium Dengan Kekasih Depan Khalayak Ramai, Netizen Kecam – ‘Ingat, Awak Itu Islam’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah