28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yasmin Hani Cuba Ukir Momen Raya Indah, Akui Tahun 2025 Permulaan Yang Mengejutkan – ‘Saya Hanya Follow The Flow’

    Shopee Sale



    Berita pemergian Allahyarham ayah kepada pelakon Yasmin Hani menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak menyedihkan buat seluruh ahli keluarganya.

    Tahun yang mengejutkan

    Menjawab tentang sambutan raya, Yasmin berkata, dia hanya berusaha untuk mengukir kenangan terindah bersama keluarga kecilnya buat tahun ini.

    Menurutnya, tahun 2025 merupakan permulaan yang tidak dapat diramal buat dia dan ahli keluarga.

    Bila kita dikejutkan dengan pemergian abah, kita merancang untuk hanya beraya di KL.

    Jadi, mungkin kita akan beraya dengan kakak abang saya.

    Sebab tahun ini betul-betul mengejutkan kami sekeluarga.

    Sangat tidak sangka, jadi kita hanya follow the flow dan cuba dapatkan kenangan terindah bersama.

    Yasmin berkata demikian ketika ditemui , pada majlis doa selamat filem terbaharu bertempat di pejabat MIG, baru-baru ini.

    Persiapan raya

    Dalam pada itu, Yasmin sempat berkongsi menu wajib iaitu Rendang Ale-Ale yang akan dihidangkan pada pagi raya pertama.

    Persiapan biasa saja. Kita beli baju raya.

    Kalau dari segi makanan, mak saya boleh masak. Kita ada pembantu juga yang boleh tolong.

    Cuma makanan istimewa kami adalah rendang ale-ale.

    Tekak saya sangat sensitif dengan bau hanyir tapi ale-ale sangat manis.

    Rendang ini sangat popular di kampung saya.

    Menjawab tentang keluarga bekas suami, Yasmin memaklumkan bahawa anak-anak akan dibawa beraya untuk kedua-dua belah pihak pada hari raya pertama.

    MENARIK:  Gadis Hamil 3 Kali Dengan Abang Kandung Selepas Tidur Sebilik – Alasan: 'Nampak Adik Mandi, Tukar Pakaian'

    Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 11 dan Eissa Elzander Wong, 8.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah