30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ya Allah, Jadikan Aku Insan Terkaya Supaya Mampu Bantu Seluruh Dunia’ – Aisar Khaled

    Shopee Sale

    Selepas berdepan detik tegang apabila diusir ketika menghulurkan bantuan banjir di Bali, Indonesia, personaliti media sosial, Aisar Khaled berkongsi luahan hati mengenai ujian yang dilaluinya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Turun Beri Bantuan Di Bali, Kesal Dihalau Individu Tempatan – ‘Tiada Hormat & Tak Bersyukur’

    Kongsi isi hati

    Aisar atau nama penuhnya Aisar Khaled Kamel, 25, berkata dirinya hanya berharap diberi ketabahan untuk terus istiqamah dalam usaha meringankan beban insan yang memerlukan, walaupun tidak semua menyambut baik niatnya.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Aisar berdoa agar dikurniakan rezeki yang melimpah agar dapat menyalurkan bantuan lebih luas.

    Manusia diciptakan untuk saling menyayangi dan menjaga. Aku percaya Tuhan sentiasa bersama. Ya Allah, jadikan aku insan terkaya supaya aku mampu membantu seluruh dunia.

    Ungkapan tersebut memberi gambaran jelas tentang kekecewaannya berhubung insiden tersebut, namun pada masa sama mencerminkan tekadnya untuk kekal melakukan kebaikan.

    MENARIK:  PU Riz Titip Ucapan Istimewa Untuk Abang – ‘Adik Panjatkan Doa Allah Lahirkan Mawaddah & Rahmah Dalam Rumah Tangga Kalian’

    Terdahulu, tular sepotong video memaparkan Aisar bersama pasukannya dikerumuni penduduk ketika sedang mengagihkan pakaian kepada mangsa banjir di Bali.

    Namun, keadaan tiba-tiba menjadi kecoh selepas seorang lelaki lantang menjerit sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.

    Kejadian itu bukan sahaja mengejutkan pengikutnya di media sosial, malah menimbulkan rasa simpati ramai pihak kerana bantuan yang disalurkan dibuat secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Ya Allah, Jadikan Aku Insan Terkaya Supaya Mampu Bantu Seluruh Dunia’ – Aisar Khaled first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah