26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bau Busuk & Cecair Merah Menitis Dari Siling, Rupanya Dua Beranak Mati Dalam Rumah

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dan anak perempuannya ditemui meninggal dunia di rumah mereka di pangsapuri HDB Sengkang, Singapura pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Tiga Beranak Mati Dibunuh Keluarga Kandung

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Dib*nuh Selepas Live TikTok, Mayat Disimpan Dalam Beg Pakaian & Dibuang Di Gunung

    Darah menitis dari siling rumah

    Foto: Shin Min Daily News

    Menurut laporan media tempatan, mayat lelaki berkenaan ditemui di dalam bilik tidur, manakala mayat anak perempuannya dijumpai berhampiran pintu utama di ruang tamu.

    Difahamkan, kedua-dua mayat tersebut berada dalam keadaan reput dan berbau busuk.

    Insiden tragis itu terbongkar selepas seorang penduduk yang tinggal di unit bawah rumah mangsa menyedari bau busuk serta cecair mencurigakan menitis dari siling rumahnya.

    Saya cuba membersihkan cecair itu dengan tisu menggunakan tangan kosong. Cecair berwarna merah itu melekit dan baunya sangat busuk.

    Susulan daripada itu, individu tersebut bertindak menghubungi pihak polis.

    MENARIK:  Vocket Melancarkan Kempen Cakna Duit untuk Membantu Rakyat Malaysia Memahami Kewangan

    Pihak polis Singapura mengesahkan menerima laporan mengenai kematian seorang lelaki dan wanita berusia 47 tahun.

    Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua beranak itu tidak kelihatan sejak sebulan lalu sebelum mayat mereka ditemui di kediaman berkenaan.

    Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

    Sumber:Mothership (via Shin Min Daily News)

    The post Bau Busuk & Cecair Merah Menitis Dari Siling, Rupanya Dua Beranak Mati Dalam Rumah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah