32 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wings Akan Buat Persembahan Dalam Penjara, Awie Mahu Nyanyi Depan Banduan – ‘Ini Projek CSR Sempena 40 Tahun Wings Dalam Industri’

    Shopee Sale



    Wings iaitu Datuk Awie

    Vokalis band rock terkenal Wings iaitu Datuk Awie memaklumkan kumpulan itu bakal mengadakan siri jelajah di 49 buah penjara seluruh Malaysia pada tahun hadapan.

    “Beri semula kepada masyarakat’

    Wings iaitu Datuk Awie

    Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 55, berkata, projek tersebut merupakan program amal atau tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Katanya, persembahan akan dilakukan secara tertutup dan hanya disaksikan oleh banduan yang berada dalam penjara.

    Sudah tiba masanya untuk Wings memberikan semula kepada masyarakat, ini projek CSR. Juga sempena 40 tahun Wings dalam industri. Saya percaya tiada satu orang dalam penjara yang mahu jadi jahat.

    Sebelum Wings berehat nanti, berilah kami peluang untuk berjumpa dan memberi sepatah dua kata kepada mereka yang berada di dalam penjara. Supaya mereka dapat merasai dicintai golongan artis.

    Awie berkata demikian ketika ditemui di sidang media Rock Warrior Music Festival yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Isnin.

    Penjara Kajang

    Wings iaitu Datuk Awie

    Dalam pada itu, Awie memberitahu, pihak Jabatan Penjara Malaysia juga sudah bersetuju dan projek itu akan dimulakan di Penjara Kajang.

    Pihak saya juga sudah adakan beberapa kali mesyuarat dengan pihak penjara. Pihak penjara juga sudah memberi sokongan untuk projek ini.

    Saya dan pasukan juga dalam usaha mencari penaja supaya projek ini berjaya dilaksanakan untuk pusing seluruh Malaysia dan adakan konsert dalam penjara.

    Projek ini akan dimulakan dengan Penjara Kajang. Insya-Allah akan berlangsung pada tahun depan.

    MENARIK:  Ayu Raudhah Mengandung Anak Ketujuh, Usia Kandungan Sudah 7 Bulan – 'Saya Akan Bersalin Bulan Ketujuh'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah