31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga Emas Didakwa Songlap Duit Orang, Berusaha Lari Selepas Diminta Kembalikan RM9,000

    Shopee Sale



     

    Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang warga emas yang didatangi dua orang individu sewaktu sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera.

    Didakwa songlap duit orang

     

    Menerusi video tersebut, kedengaran salah seorang individu meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap warga emas tersebut yang didakwa telah menipu wang melibatkan urusan hartanah.

    Individu tersebut meminta agar warga emas yang dikatakan berusia 80 tahun itu memulangkan semula wang yang telah diambilnya beberapa bulan lalu.

    Inilah manusianya, dah berbulan-bulan aku cari kau. Aku tengok je kau.

    Hari itu aku nampak kau waktu solat Jumaat, tapi aku sabarkan saja sebab aku nak tengok kau cari aku ke tidak.

    Dalam pada itu, individu tersebut berkata dia enggan ‘melepaskan’ warga emas tersebut sekiranya dia tidak menyelesaikan serta memulangkan wang berjumlah RM9,000 yang ditipunya.

    MENARIK:  Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’

    Namun, dengan secara tiba-tiba warga emas berkenaan dilihat bangun sebelum cuba untuk melarikan diri dari tempat tersebut.

    Walau bagaimanapun, cubaan warga emas tersebut gagal selepas dia berjaya dihalang keluar daripada premis berkenaan.

    Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mempertikaikan tindakan warga emas tersebut yang sanggup melakukan penipuan melibatkan duit terhadap orang lain.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah