32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Teruk Dikecam, Rasa Kelakar Ketika Kongsi Momen Anak Robohkan Pelamin Rakan – ‘Kalau Aku Jadi Pengantin…’

    Shopee Sale



    Seorang wanita teruk dikecam selepas merasakan tindakan anak kecilnya yang merobohkan pelamin ketika majlis persandingan rakannya sebagai satu jenaka.

    Rasa kelakar?

    Menerusi video yang dimuat naik semula @faizfayeshz di aplikasi X, wanita tersebut menceritakan kronologi kejadian itu sambil menonton semula video tersebut melalui telefon bimbitnya.

    Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dirinya sedang sibuk mahu bergambar bersama pengantin yang sedap makan di meja beradab.

    Sedang dia mahu bergambar, anaknya yang bermain di pelamin secara tidak sengaja telah merobohkan pelamin yang telah dihias cantik.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kami Dilayan Seperti Binatang, Tidak Diberi Makanan & Air Bersih’ – Hazwani Helmi

    Namun apa yang menggeramkan netizen ialah, wanita tersebut bercerita sambil bergelak ketawa malah menganggap kejadian tersebut sebagai satu perkara yang kelakar.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu yang dilihat ketawa ketika berkongsikan semula kronologi kejadian tersebut.

    Sementara itu, amatan mendapati video itu  sudah dipadam wanita tersebut selepas menerima kecaman daripada netizen.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah