27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengurus Hotel Dilaporkan Terlibat Dalam Skandal Perselingkuhan Setelah Isteri Dilaporkan Mengetahui

    Shopee Sale



    Polis telah menahan seorang pengurus hotel mewah di Goa, India kerana didakwa membunuh isterinya selepas mangsa menuduhnya mempunyai hubungan sulit.

    Hubungan jadi renggang

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi laporan NDTV, suspek yang bernama Gaurav Katiyar, cuba menutup pembunuhan itu dengan mendakwa isterinya lemas di laut ketika ketiadaannya.

    Menurut pegawai polis, suspek yang berusia 29 tahun itu berkahwin dengan Diksha Gangwar kira-kira setahun lalu, tetapi hubungan mereka menjadi renggang.

    Katiyar memutuskan untuk membunuh isterinya kerana mangsa tahu tentang hubungan luar nikahnya.

    Suspek membawa isterinya ke pantai di Goa Selatan untuk bersiar-siar sebelum dia melemaskan mangsa.

    Namun, beberapa pelancong mula curiga setelah melihat suspek pulang ke pantai seorang diri lalu mereka memaklumkan kepada polis.

    Suspek menyatakan kematian isterinya sebagai satu kemalangan, namun rakaman video oleh seorang pelancong menunjukkan sebaliknya.

    MENARIK:  Mawi & In-Team Gegar Kota Tinggi! Karnival Hijrah 2025 Janji Tiga Hari Penuh Ilmu, Hiburan & Ukhuwah

    Video itu menunjukkan dia berjalan sendirian ke pantai dan kemudian kembali ke laut untuk memastikan sama ada isterinya sudah mati.

    Suspek telah pun ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah