33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syazwan Zulkifly Takut Dengan Sharnaaz, Pernah Cederakan Kaki Masa Filem Juvana

    Shopee Sale



    Pelakon, Syazwan Zulkifly mengakui wujud perasaan takut dengan Sharnaaz Ahmad dalam kehidupan realiti.

    Takut dengan Sharnaaz

    " data-video-id="7500937922888125712">
    @kaypohmedia Rupanya Jaki memang takutkan Ghaz in real life! Korang nak tau sebab apa? Jom tengok #BorakKaypoh bersama @Syazwanzulkifly di youtube Kaypoh Media sekarang!! #BloodBrothers #BaraNaga #SkopProductions #PrimeWorksStudios #JakiMVP ? original sound – KAYPOH

    Menerusi sesi podcast ‘Borak Kaypoh’, Syazwan berkata, semuanya bermula ketika mereka berlakon bersama menerusi filem ‘Juvana’, pada 12 tahun lalu.

    Ada satu babak dalam drama Juvana, aku kena tolak Sharnaaz masuk dalam kolah tau.

    Kalau korang perasan, kaki Sharnaaz dah terlibas dekat jubin kolah macam itulah.

    Aku tak tahulah sebab aku tolak dia kuat atau dia yang terlebih jatuh ke apa ke tapi dia sakitlah.

    Dia bangun terus jerit, ‘Woi, aku dah kata jangan tolak kan?’

    Perjelas pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’, disebabkan peristiwa itulah membuatkan dirinya benar-benar takut sekiranya berjumpa dengan Sharnaaz.

    Aku takut weh lepas itu kru produksi semua urut kaki dia apa semua.

    Kemudian aku masuk balik dalam set minta maaf pada dia tapi dia kata, ‘Eh tak ada hal lah, tak ada apa. Kita jalan ja buat lagi sekali’.

    Sejak itu, aku memang takut dengan Sharnaaz sampailah sekarang.

    Memang takut betul dalam ‘Blood Brothers’

    Bercerita lanjut, Syazwan memaklumkan mimik mukanya dalam filem terbaharu lakonan mereka bersama iaitu ‘Blood Brothers: Bara Naga’ bukanlah dibuat-buat.

    Kalau kau tengok dalam ‘Blood Brothers’ babak aku terjumpa dia masa dia buka pintu kan ada ‘slow motion’ kan?

    Itu memang muka aku takut betul tengok dia.

    Dalam hati aku tengah fikir, ‘Kau marah aku fasal tolak kau dalam kolah ke?’

    Sekadar info, filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ yang masih lagi mendapat sambutan hangat penonton di pawagam telah meraih kutipan lebih RM70 juta selepas lebih 20 hari tayangan.

    MENARIK:  [VIDEO] Eyka Farhana Santai Layan Kontraksi Sambil Makeup, Warganet Kagum – ‘Bila Dah Buang Solekan Baru Rasa Nak Beranak’

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada ‘Blood Brothers’ di pawagam berdekatan anda.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah