Seorang pengguna media sosial baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas berkongsi tentang keperibadian kakak iparnya dalam membantu menangani hal rumah tangga adik-beradiknya.
Artikel Berkaitan: Ibu Alami Bengkak Susu, Berang Kakak Ipar Suka ‘Breastfeed’ Anak Orang – ‘Selalu Cari Peluang Nak Sumbat’
Artikel Berkaitan: Sakit Hati Dengan Perangai Kakak Ipar, Lelaki Balas Dendam Cab*l Anak Saudara – ‘Perempuan Tu Cerewet & Selalu Marah’
Tidak menyebelahi adik sendiri
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik akaun Hannaney mendedahkan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah menyebelahi adiknya dalam apa-apa perselisihan, sebaliknya lebih cenderung menasihati serta membimbing pasangan itu agar hubungan rumah tangga mereka lebih harmoni.
Syukur dapat kakak ipar yang baik, tak pernah ‘back up’ adik dia kalau salah. Siap bagi tips kat adik dia cara untuk pujuk isteri.
Dalam perkongsian sama, Hannaney memuat naik paparan skrin perbualan antara kakak iparnya dan suami, menunjukkan bagaimana wanita itu memberi nasihat kepada adikn lelakinya untuk memujuk isteri yang sedang merajuk.
Netizen kagum

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan wanita berkenaan, selain menganggap sikap demikian itu wajar dijadikan inspirasi dalam hubungan kekeluargaan.
Sumber: Threads
The post Wanita Dedah Kakak Ipar Bantu Pulihkan Hubungan Dengan Suami – ‘Dia Bagi Tips Pujuk Isteri Merajuk’ first appeared on OHBULAN!.





