27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Meerqeen Perjelas Adegan Dukung Hannah Delisha Dalam ‘Dia Perempuan Sialan’ – ‘Dilakukan Atas Persetujuan’

    Shopee Sale

    Pelakon, Meerqeen menjelaskan adegan mendukung Hannah Delisha dalam drama terbaharu, Dia Perempuan Sialan dilakukan selepas mendapat persetujuan daripada aktres berkenaan serta pengarah.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Yang Baik, Selalu Dahulukan Keluarga’ – Ibu Meerqeen

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Akui Penakut, Ketepikan Prinsip Enggan Berlakon Drama Seram Demi Adik

    Adegan dukung

    Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen, 25, berkata babak tersebut merupakan tuntutan skrip dan perlu dilakukan bagi memastikan jalan cerita dapat disampaikan dengan baik.

    Itu tuntutan skrip dan pengarah. Jika mahu bahaskan tentang logik, kalau itu isteri saya yang betul saya akan lakukan perkara sama.

    Adegan itu dilakukan atas persetujuan, persetujuan Hannah dan pengarah. Saya rasa lakonan adalah tentang logik, jadi kami lakukan babak itu atas kehendak skrip.

    Saya tidak cakap tindakan saya itu adalah betul, kedua-dua pihak sudah bersetuju. Saya tanya Hannah, dia kata okay.

    Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Dia Perempuan Sialan yang berlangsung di ibu kota, pada Selasa.

    Menurut Meerqeen, dia turut berbincang dengan pengarah supaya adegan berkenaan tidak dilakukan berulang kali.

    Adegan itu dilakukan sebanyak dua kali. Lakonan bukan tentang selesa atau tidak, mahu menjadikan sesuatu itu realiti.

    Saya tidak mahu juga menimbulkan salah faham dengan adegan itu. Saya cakap dengan pengarah tak mahu buat adegan tersebut berulang kali.

    Mengulas mengenai reaksi segelintir netizen yang mengecam babak berkenaan, khususnya selepas potongan video dikongsikan di media sosial tanpa konteks keseluruhan cerita, Meerqeen mengakui berasa risau.

    Risau juga, tetapi saya rasa semua cerita saya orang akan cakap pasal saya dengan pasangan saya. Saya tidaklah terlalu risau, tetapi saya berhati-hati.

    Kalau boleh, saya tak nak kacau momentum dalam lakonan. Bagi saya, sebagai pelakon kita kena sentiasa bersedia. Apa pun berlaku, kita kena bersedia.

    Dalam Dia Perempuan Sialan, Meerqeen membawakan watak Syawal, suami kepada Nerina yang dilakonkan oleh Hannah Delisha.

    MENARIK:  Kahwin adalah Penyebab Utama Syasya Mengundurkan Diri dari Dolla

    Selain Meerqeen dan Hannah, siri berkenaan turut menampilkan Caitlin Halderman, Datin Seri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.

    The post [VIDEO] Meerqeen Perjelas Adegan Dukung Hannah Delisha Dalam ‘Dia Perempuan Sialan’ – ‘Dilakukan Atas Persetujuan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah