28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Individu Berang Pempengaruh Minta Makan Percuma, Siap Bawa Keluarga – ‘Khairul Aming Pun Bayar’

    Shopee Sale

    Individu meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pempengaruh yang dianggap keterlaluan apabila makan secara percuma.

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar?

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Saya Kata Ada Hubungan, Nanti Orang Tuduh Janda Gatal Pula’ – Puteri Sarah

    Artikel Berkaitan: Dayah Bakar Seru Selebriti, Pempengaruh Bersuara Isu Palest*n

    Makan percuma

    " data-video-id="7563200353177521429" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ariffpeter

    ♬ original sound – Ariff Peter – Ariff Peter

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Ariff menegur pempengaruh yang tidak didedahkan identitinya mengenai isu makan secara percuma.

    Ujarnya lanjut, dia menganggap tindakan sebegini mampu merugikan banyak usahawan baru di Malaysia.

    Boleh bankrap lah bisnes dalam Malaysia.

    Khairul Aming pun kalau pergi makan dekat kedai orang, dia bayar.

    Sebab dia tahu, orang tak panggil dia buat paid review.

    Kau pengikut baru 40,000 dah minta makan percuma. Siap bawa keturunan sekali datang.

    Sebenarnya bukan dia saja, ramai lagi pempengaruh yang rasa dia berhak.

    Kalau kau buat video, esok kedai itu penuh tidak mengapa.

    Yang ini kau makan percuma siap bawa keluarga, lepas itu kau buat video biasa.

    Pengalaman

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata usahawan berkongsi pengalaman meminta servis percuma oleh pempengaruh yang dirahsiakan identiti. Selain itu, warganet memuji personaliti Khairul Aming yang sentiasa merendah diri walaupun merupakan pempengaruh yang terkenal dan berjaya.

    Sumber: TikTok @ariffpeter

    The post [VIDEO] Individu Berang Pempengaruh Minta Makan Percuma, Siap Bawa Keluarga – ‘Khairul Aming Pun Bayar’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah