Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui terkejut apabila suaminya, Nik Iruwan Nik Izani merakam kandungan (content) TikTok tanpa pengetahuannya sehingga video berkenaan tular.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Boleh Terima Kecaman, Tapi Jangan Sentuh Keluarga – ‘Kalau Sampai Jatuhkan Maruah Mereka, Saya Tidak Gemar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Tak Beri Keizinan, Nabila Razali Tolak Tawaran Komersial Untuk Anak – ‘Saya Faham & Hormat Keputusan Dia’
Tidak berkecil hati

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, 34, bagaimanapun menjelaskan dirinya tidak berkecil hati dengan tindakan Iruwan.
Menurut Nabila, dia hanya mengetahui suaminya melakukan trend tarian ‘semut’ ketika dalam perjalanan pulang dari Kedah selepas selesai urusan kerja.
Saya tak tahu pun suami melakukan trend itu. Perkara itu diketahui selepas video tersebut lalu di FYP TikTok saya.
Apabila saya tengok video tu saya terkejut suami saya buat content menari dengan staf sebab sebelum ini saya ajak dia buat content untuk lagu baharu saya, dia menolak.
Saya tunjuk dekat dia cara menari yang mudah tapi dia memang tidak mahu.
Rupanya dia boleh menari, tapi dengan kawan. Bila isteri ajak tidak boleh menari.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media single terbaharunya berjudul Cukup Sampai Sini di Volume KL, pada Selasa.
Bercerita lanjut, Nabila berkata dia sempat bertanya kepada suaminya mengenai perkara tersebut namun Iruwan hanya memberikan jawapan ringkas dengan mendakwa bahawa dirinya dipaksa oleh staf untuk melakukan tarian berkenaan.
Iruwan tidak tahu video itu viral kerana dia tidak memiliki akaun TikTok.
Kalau saya buat content yang melibatkan suami, dia memang tidak tahu. Selalunya, rakan Iruwan yang akan telefon beritahu yang dirinya telah tular.
Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Peluang Kedua itu mendedahkan suaminya kurang gemar muncul bersama dalam kandungan media sosial sebaliknya lebih selesa berada di belakang kamera.
Walaupun mempunyai cara kerja yang berbeza, Nabila berkata suaminya tetap memberikan sokongan penuh terhadap kerjayanya kerana memahami tuntutan tugasnya sebagai anak seni.
Saya faham kenapa dia seperti itu. Kami faham sahaja tentang kerja masing-masing.
Awal-awal lagi dia pernah cakap tidak mahu dikaitkan dengan Nabila Razali melainkan acara yang memerlukan saya untuk tampil bersamanya itu baru okay.
Tapi kalau dalam dunia industri seni, dia tidak mahu terlibat sangat.
Apa-apa yang saya buat dia sokong sahaja. Cuma bab content, muncul di media sosial bersama itu dia tidak berapa gemar.
Iruwan tidaklah marah atau tidak mahu langsung (muncul di media sosial bersama) cuma mahu mengelakkan untuk sentiasa dikaitkan bersama.
Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iruwan pada November 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nik Muhammad.
The post [VIDEO] ‘Terkejut Tengok Video Suami Saya Menari, Sebelum Ini Saya Ajak Dia Tolak’ – Nabila Razali first appeared on OHBULAN!.





