Baru-baru ini seorang wanita meluahkan kebimbangan terhadap sikap suaminya yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak senonoh terhadap bayi mereka yang baru lahir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Firdaus Ghurfan Mohon Ibu Bapa Pantau Anak, Dakwa Hampir Jadi Mangsa Pedofilia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dedah Perbuatan Jijik Bapa Berstatus Duda Pedofilia, Sudah Serah Bukti Kepada Pihak Polis
Isteri mula bimbang

Menerusi hantaran di Threads, wanita yang juga seorang ibu mendakwa suaminya mula menunjukkan kelakuan pelik ketika diminta membantu memandikan anak mereka.
Suaminya didakwa membandingkan bahagian sulit bayi tersebut dengan isterinya sendiri.
Aku selalu suruh laki aku mandikan newborn aku, then dia cakap, adik punya ni tembam macam sayang punya.
Lebih membimbangkan apabila pada suatu hari, suaminya sekali lagi mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ketika mencium bayi mereka.
Suaminya didakwa berkata bahawa bayi itu ‘pandai bermain lidah’ sama seperti ibunya.
Baru ni waktu dia cium anak aku masa nak pergi kerja, dia cakap adik pandai main lidah macam mama dia. Aku macam risau dengan laki aku ni.
Wanita berkenaan mengakui dirinya keliru sama ada dia sekadar terlalu berfikiran negatif atau sememangnya tindakan suaminya itu merupakan satu isyarat buat dirinya supaya lebih berhati-hati.
Luahan tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya berasa jijik dan bimbang dengan keselamatan bayi tersebut.
Ramai yang berpendapat bahawa tindakan ‘sexualizing’ bayi adalah satu bentuk gangguan dan tidak seharusnya dianggap sebagai gurauan.
Komen netizen

Sumber: X Meinmokhtar
The post Wanita Bimbang Sikap Suami Bandingkan Bahagian Sulit Bayi Dengan Isteri, Netizen Nasihat – ‘Tolong Selamatkan Anak Itu’ first appeared on OHBULAN!.





