28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wani Kayrie Berterima Kasih Pada Afieq Shazwan & Adik Teman Pergi Hospital

    Shopee Sale

    Penyanyi, Wani Kayrie berkongsi momen dirinya yang terpaksa menyambut perayaan Aidiladha di dalam wad hujung minggu lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nampak Sweet Buat Trend Tarian Lagu Raya, Netizen Doa Afieq Shazwan & Wani Kayrie Cepat Kahwin

    MENARIK:  Muhammad Luth Syauqi Disahkan Meninggal Dunia, Ibu Reda Pemergian Anak-Anak – ‘Hilang Sudah Kesakitannya’

    Wani beraya di hospital

    " data-video-id="7513185445661084946" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @wani.kayrie

    Harini tak raya sebab baru discharge 🥹 Terima kasih semua yang mendoakan saya. Alhamdulillah, takde apa2 yang serious. Cuma tension headache sebab back to back kerja tak cukup rehat. Apapun, terima kasih sahabat saya @AFIEQ SHAZWAN & adik saya tolong bawa pergi klinik sebab takleh drive langsung, muntah2 sampailah nak ke Emergency haritu. Dari 1 pagi sampai lah ke Subuh dorang tak tidur tunggu semua settle. Semoga Allah balas jasa kamu berdua 🙏🏻❤ Just a lil bit to share, tak kira sesibuk mana pun kita mencari rezeki jangan pernah berkira dengan diri sendiri untuk berehat dan dapatkan waktu tidur yang cukup kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan duit. Now I learn it’s important to prioritize your own health before anything 🤍 Selamat hari raya semua 🌙✨

    ♬ Tanda – Yura Yunita

    Menurut Wani, dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala yang agak teruk kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.

    Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin baik dan sudah dibenarkan keluar pada Ahad.

    Tak raya sebab baru ‘discharge’. Terima kasih semua yang mendoakan saya.

    Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius cuma ‘tension headache’ sebab kerja tak cukup rehat. 

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu ‘Jangan Jangan’ ini sempat menitipkan ucapan terima kasih buat adik dan rakan baiknya iaitu Afieq Shazwan yang membantu membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

    Apa-apa pun, terima kasih sahabat saya Afieq Shazwan dan adik kerana bawa pergi klinik sebab tak boleh memandu langsung, muntah-muntah sampailah nak ke wad kecemasan hari itu.

    Dari 1 pagi sampailah ke Subuh mereka tak tidur tunggu semua selesai. Semoga Allah balas jasa kamu berdua.

    Di penghujung perkongsian, pemilik nama Syazwani Abdullah ini menitipkan pesan kepada para peminat agar sentiasa memastikan diri mendapat rehat yang cukup demi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana Wani sudah mula sembuh dan ada juga yang berseloroh mendoakan agar penyanyi itu lekas bertemu jodoh dengan Afieq.

    Komen netizen

    Sumber: TikTok

    The post Wani Kayrie Berterima Kasih Pada Afieq Shazwan & Adik Teman Pergi Hospital first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah