33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shaheizy Sam Sifatkan Zizie Izette Sebagai Individu Yang Tabah Selepas Pemergian Suami

    Shopee Sale

    Pelakon, Shaheizy Sam menyifatkan kakaknya, Datin Seri Zizie Izette sebagai individu yang tabah meskipun sudah kira-kira sembilan bulan berlalu sejak pemergian abang iparnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada Disember 2025.

    Artikel Berkaitan: Individu Terharu Kenang Shaheizy Sam Santuni Arwah Bapa Sakit Strok – ‘Dia Terus Bangun Datang Dekat Meja & Bergambar’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Abang Ipar Yang Sempurna, Sangat Lembut Dengan Keluarga & Anak-Anak’ – Shaheizy Sam

    Kuat

    Ketika ditemui , pemilik nama Shaheizy Sam Abdul Samad berkata bagaimanapun dia tidak pernah berborak secara mendalam tentang kehidupan Zizie kerana kakaknya tidak terlalu terbuka untuk berkongsi.

    Dia nampak okay tetapi dia memang seorang yang sangat kuat dari segi mental dan fizikal.

    Tapi orang yang kuat pun, kalau duduk seorang diri kita takkan tahu keadaan dia. Mungkin ketika itu dia baru lepaskan emosinya tetapi kalau berjumpa, dia memang seorang yang sangat kuat.

    Dia memang tak (bercerita). Kalau dia duduk sekali dengan keluarga, dia akan berseronok sahaja, tiadalah dia nak mengadu sangat.

    Shaheizy Sam berkata demikian ketika ditemui pada majlis penghargaan filem Chelot di Kuala Lumpur pada Isnin.

    Kata pelakon filem Chelot itu, menerusi pemerhatiannya, Zizie kelihatan seperti seorang yang tenang kerana sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan.

    Mungkin dia nampak lebih tenang sekarang ni. Biasalah dalam kehidupan macam-macam dia lalui.

    Selepas kehilangan seseorang, dia nampak lebih reda dengan apa sahaja kerana hidup mesti diteruskan.

    Ketika ditanya mengenai perubahan Zizie yang kini dilihat lebih terbuka berkongsi mengenai kehidupannya di media sosial, Shaheizy berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kakaknya lebih banyak menjaga privasi kehidupan peribadinya.

    Mungkin dia nak mula untuk lebih terbuka dengan orang ramai. Sebelum ini kehidupannya lebih privasi, jarang berkongsi.

    Manusia perlu berubah kan, tak boleh nak terlalu selesa dalam apa jua keadaan.

    Bercerita lanjut, Shaheizy berkata, dia kini menggalakkan Zizie untuk menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu usaha untuk mengisi masa dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

    Mungkin selama ini dia memang nak mulakan perniagaan tetapi keadaan tidak mengizinkan.

    Tetapi sekarang memandangkan suaminya sudah tiada, tanggungan pun kena sendiri jadi saya galakkan dan mengajak dia untuk berniaga.

    Berniaga macam perniagaan biskut atau baju dan sekarang dia sudah mula nak berniaga.

    Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada 2009 sebagai isteri kedua.

    MENARIK:  [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’

    Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata selain membesarkan dua anak angkat.

    Terdahulu, Bung Mokhtar disahkan meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

    The post [VIDEO] Shaheizy Sam Sifatkan Zizie Izette Sebagai Individu Yang Tabah Selepas Pemergian Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah