30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ada Lebih Daripada Satu Kenderaan Diesel? Ini Cara Pindahkan Kelayakan Kepada Maksimum 3 Penerima

    Shopee Sale

    Buat korang pengusaha perniagaan kecil mahupun ketua keluarga, mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel persendirian yang berdaftar atas nama sendiri bukanlah satu perkara yang asing. 

    Sama ada kenderaan tersebut digunakan untuk pergerakan barangan perniagaan, kerja-kerja perladangan, mahupun urusan harian ahli keluarga, semuanya memerlukan pengurusan kos bahan api yang cekap.

    Kini, persoalan korang terjawab! Kementerian Kewangan telah menambah baik pelaksanaan subsidi dengan membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian memindahkan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar kenderaan berkenaan.

    Boleh pindah sampai 3 penerima, tapi siapa yang layak?

    Bermula 16 September 2026, pemilik berdaftar boleh memindahkan kelayakan BUDI Diesel bagi maksimum tiga buah kenderaan kepada individu lain yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut.

    Jika dahulu kelayakan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat korang sahaja, kini skop pemindahan telah diperluaskan kepada ahli keluarga, rakan mahupun individu lain yang benar-benar memandu kenderaan tersebut.

    Antara syarat utama bagi setiap penerima yang dinamakan termasuklah:

    • Warganegara Malaysia.
    • Mempunyai MyKad.
    • Mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif.
    • Layak menerima BUDI95.
    • Merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut.
    • Seorang penerima hanya boleh menerima pemindahan daripada seorang pemilik berdaftar sahaja.

    Menariknya, hak milik kenderaan adalah kekal dan tidak berubah langsung. 

    Pemilik asal juga kekal menerima kelayakan BUDI Diesel bagi kenderaan yang dipandunya sendiri. Menarik bukan?

    Bagaimana dengan pengiraan kelayakan bulanan?

    Ramai yang tertanya-tanya, adakah kuota liter diesel akan digabungkan atau dibahagi-bahagikan? 

    Jawapannya tidak! Tiada sebarang penggabungan atau pembahagian kuota liter dilakukan.

    Setiap penerima yang diluluskan akan menikmati kelayakan bulanan sedia ada masing-masing:

    • Kenderaan Diesel Biasa: Menikmati kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan.
    • Pikap atau Jip Yang Layak: Pemilik berdaftar perlu memohon tambahan 100 liter (menjadikan jumlah 400 liter) sebelum pemindahan kelayakan dibuat, tertakluk kepada kelulusan permohonan.
    MENARIK:  Mengandungi Kira-Kira 4,000 Bahan Kimia, Ini Bahaya Asap Rokok Kepada Perokok Pasif!

    Langkah permohonan bersiri di portal BUDI MADANI

    Proses permohonan boleh dilakukan dengan pantas secara dalam talian menerusi permohonan bersiri bagi setiap kenderaan berdaftar.

    Apa yang perlu korang lakukan adalah layari portal rasmi budimadani.gov.my.

    Isi maklumat dan lengkapkan maklumat kenderaan serta pengguna sebenar yang diperlukan dan hantar permohonan.

    Paling penting, korang diminta untuk memohon Mohon selewat-lewatnya sebelum atau pada 27 hari bulan. Kelayakan yang diluluskan boleh mula digunakan pada 1 hari bulan berikutnya, tertakluk pada semakan dan pengesahan.

    Oh ya, kelayakan BUDI Diesel bagi setiap kenderaan hanya boleh dipindahkan sekali sahaja dan pemindahan yang telah diluluskan tidak boleh dipindahkan semula, melainkan dalam keadaan khusus yang ditetapkan.

    Ringankan beban demi operasi perniagaan yang lebih lancar!

    Inisiatif penambahbaikan ini sememangnya memberikan kelegaan buat pengusaha perniagaan kecil dan isi rumah. 

    Kelancaran pengurusan perbelanjaan bahan api harian membolehkan operasi perniagaan berjalan tanpa gangguan di samping mengurangkan kos sara hidup keluarga.

    Jadi tunggu apa lagi? Buat korang yang mempunyai berbilang kenderaan diesel persendirian, semak status pendaftaran kenderaan anda dan kemukakan permohonan di budimadani.gov.my hari ini!

    The post Ada Lebih Daripada Satu Kenderaan Diesel? Ini Cara Pindahkan Kelayakan Kepada Maksimum 3 Penerima first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah