Penyanyi Nourul Depp, meluahkan rasa kagum terhadap Biaduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang disifatkan sebagai antara figura yang sentiasa menjaga adab ketika bersama dengan orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan AIM25, ‘Gema Bumantara’ Jadi Kemenangan Buat Semua
Keperibadian Siti Nurhaliza

Menerusi perkongsian di Threads, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab berkata, kesopanan Siti Nurhaliza merupakan sesuatu yang lahir secara semula jadi daripada keperibadiannya.
Pujian yang diberikan oleh pelantun lagu Kerana Terluka itu adalah susulan tindakan Siti Nurhaliza yang memimpin tangan Datuk Habsah Hassan naik ke pentas ketika menerima trofi di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
Tindakan itu dianggap sebagai antara momen menyentuh hati pada malam anugerah berkenaan.
Siapa yang tak suka atau kurang senang dengannya akan menjadi lemah apabila melihat adab sopan dan baiknya.
Ini tidak bisa dilakonkan. Ini semulajadi. Rezeki si ibu yang melahirkan, tuah suami yang memilikinya, contoh terbaik buat anak anaknya.
Menurut Nourul, sejak pertama kali mengenali Siti Nurhaliza, dia amat mengaguminya kerana kesopanan yang ditunjukkan.
Nourul turut mengakui Siti Nurhaliza mempunyai sikap yang baik dan wajar dicontohi generasi masa kini.
Dalam perkongsian sama, Nourul turut mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza di atas kemenangan yang diraih pada malam anugerah tersebut.
Saya dari hari pertama kenal figura ini, saya hormati kesopanannya dan kebaikannya.
Alhamdulillah lebih banyak mata melihat siapa dia sebenarnya.
Contoh terbaik buat generasi kini. Syabas, tahniah atas kemenangan dan syabas atas sikap mu ini.
Sumber: Threads
The post Nourul Depp Kagum Siti Nurhaliza Pimpin Tangan Habsah Hassan Di AIM25 – ‘Saya Hormati Kesopanan & Kebaikannya’ first appeared on OHBULAN!.





