Ibu kepada pelakon Puteri Balqis, iaitu Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini mencuri perhatian netizen selepas tampil berkongsi kenyataan mengenai dakwaan tidak berasas yang pernah dilemparkan terhadapnya.
Artikel Berkaitan: ‘Janna Nick, Awak Tak Perlu Berpura Neutral & Acah Savage..Semua Isu Awak Nak Tunggang’ – Ibu Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: ‘Yang Kaki Club, Makan D*d*h & Kaki Botol Bukan Mak Aku..Yang G*g*rkan Anak Bukan Aku Tapi Kau’ – Puteri Balqis
Dilakukan serta merta
Menerusi potongan klip podcast Sembang Ohh Yeahh yang tular di TikTok, Norashikin menjelaskan bahawa ketika ada segelintir pihak yang menuduhnya sebagai penagih dadah, dia sebenarnya kerap berulang-alik ke Jabatan Neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Katanya, dia menjalani ujian saringan air kencing serta mengambil ujian darah yang dilakukan secara serta-merta sebagai bukti bahawa dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas.
Norashikin turut menegaskan bahawa ujian saringan tersebut dijalankan serta merta tanpa tempoh menunggu.
Waktu orang cakap saya adalah penagih dadah, saya ulang-alik Jabatan Neurologi di Hospital Kuala Lumpur.
Ujian air kencing dan ujian darah diambil, dan saya pergi ke sana untuk lakukan ujian saringan itu secara ‘on the spot’.
Bukannya seperti yang mereka katakan, saya pergi tunggu ‘clear’ dulu kononnya.
Tidak, saya pergi semua ‘on the spot’, orang luar tidak tahu.
Terhutang budi

Dalam pada itu, Norashikin turut meluahkan rasa terhutang budi kepada seorang wanita bernama Farah Adiba yang pada ketika itu langsung tidak dikenalinya.
Namun, wanita tersebut tampil menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan sehingga kini menjadi sahabat rapatnya hingga ke hari ini.
Waktu itu, saya banyak terhutang budi dengan seorang wanita yang saya kenal.
Namanya, Farah Adiba yang sampai sekarang menjadi sahabat kami.
Dia yang menolong saya dengan seikhlas hati.
Sumber: TikTok Sembang Ouh Yeah
The post ’Waktu Orang Cakap Saya Adalah Penagih Dadah, Saya Ulang-Alik Neurologi HKL’ – Ibu Puteri Balqis first appeared on OHBULAN!.





