27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wak Doyok Tegur Tindakan Dedah Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Orang Lain Tidak Boleh Tahu…’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Wak Doyok tampil menegur tindakan segelintir individu yang mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum menerusi media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’

    Artikel Berkaitan: Langgar Kontrak, Anak Sheila Rusly Fail Saman Terhadap Syarikat Wak Doyok Berjumlah RM808,260

    Belum matang

    Menerusi satu perkongsian, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berpendapat bahawa masalah rumah tangga seharusnya diselesaikan secara tertutup bersama ahli keluarga.

    Menurutnya, tindakan membawa masalah peribadi ke media sosial mencerminkan sikap seseorang yang masih belum matang dalam mengendalikan kehidupan.

    Sebab itu, urusan rumah tangga dalam rumah sahaja tahu.

    Orang lain tidak boleh tahu apa yang keluarga hadapi.

    Itu tandanya kamu belum matang dalam kehidupan dunia.

    Dalam pada itu, usahawan itu turut menegaskan bahawa seseorang tidak seharusnya menyalahkan masyarakat atas masalah yang berpunca daripada tindakan sendiri.

    MENARIK:  Hana Ismail Tawakal Pada Allah, Serah Urusan Da’i Syed Kepada Peguam – ‘InsyaAllah Saya Kuat’

    Tambahnya, setiap individu mempunyai masalah tersendiri dan tidak sepatutnya menjadikan media sosial sebagai tempat untuk mendedahkan konflik peribadi.

    Bila perniagaan sudah melingkup baru mahu kembali pada fitrah-Nya. Dan jangan salahkan masyarakat atas apa yang berlaku sebab puncanya daripada kamu juga.

    Semua orang ada masalah. Tapi jangan masalah itu dipaparkan di media sosial. Dunia tipu-tipu, dunia khayalan, dunia impian.

    Terdahulu, Syifa Melvin tampil memohon maaf kerana terlalu mengikut emosi sehingga membuat siaran langsung dan mengaibkan bekas adik iparnya, Shafiq Azim.

    Syifa turut menerima segala kecaman daripada netizen atas tindakannya itu serta berharap agar perkara lebih baik menanti semua pihak selepas ini.

    Sumber: Threads

    The post Wak Doyok Tegur Tindakan Dedah Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Orang Lain Tidak Boleh Tahu…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah