31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hana Ismail Tawakal Pada Allah, Serah Urusan Da’i Syed Kepada Peguam – ‘InsyaAllah Saya Kuat’

    Shopee Sale

    Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut selepas suaminya dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

    Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

    Kuat hadapi ujian 

    Memetik laporan mStar, Hana atau nama penuhnya Nurul Hana Ismail, 39, akur dan reda menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi.

    Dalam masa sama, Hana turut menyerahkan urusan selanjutnya kepada peguam yang mewakili suaminya. 

    Tiada komen, insya-Allah saya kuat dan Allah akan urus serta permudahkan segala urusan.

    Saya serahkan semuanya kepada peguam dan hanya berdoa kepada Allah sahaja. Insya-Allah, saya bertawakal.

    Sebelum itu, Hana hadir menemani Da’i Syed ke mahkamah tersebut bagi mendengar keputusan rayuan pada pagi Jumaat.

    Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

    Da’i Syed kekal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Edika Yusof Mahu Berbincang, Mohon Sesi Kaunseling – ‘Saya Tak Menyalahkan Sesiapa’

    Hakim Datuk Adlin Abdul Majid memutuskan perkara tersebut selepas meneliti rekod perbicaraan serta hujah daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. 

    Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita yang ketika itu berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada awal pagi 11 September 2019.

    Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

    Pada 20 September 2024, tertuduh dibenarkan keluar sementara dengan jaminan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

    Walaupun pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa hubungan seksual tersebut berlaku atas dasar suka sama suka, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa mangsa tidak pernah memberikan sebarang persetujuan. 

    Sumber: mStar

    The post Hana Ismail Tawakal Pada Allah, Serah Urusan Da’i Syed Kepada Peguam – ‘InsyaAllah Saya Kuat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah