32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Vivy Yusof Kongsi Gambar Di Hospital Selepas Diasak Beri Penjelasan Isu Kerugian Khazanah & PNB RM43.9 Juta – ‘Hati-Hati Dengan Fitnah’

    Shopee Sale



    Sejak semalam, warganet mula mendesak usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof untuk tampil memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan.

    Vivy di hospital

    Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memuat naik hantaran menerusi Instagram Story selepas digesa oleh warganet untuk menerangkan tentang isu tersebut.

    Sangat banyak yang saya ingin katakan tetapi pada masa yang sesuai, Insya-Allah.

    Buat masa ini, saya biarkan apa yang mereka mahu katakan. Cuma berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain.

    Dalam satu hantaran yang lain, usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi foto dia sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

    MENARIK:  Duo DJ Ikonik Ean & Haniff Berganding, Kendali Rancangan Pagi Baharu Di Fly FM

    Walau bagaimanapun, Vivy tidak memberitahu dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan yang dialami namun akan maklumkannya dalam masa terdekat.

    Buat masa ini, saya sedang ‘berjuang’ dengan ini.

    Saya akan kongsikan tentang perkara ini juga tidak lama lagi.

    Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

    Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah