28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura ‘Keluar’ Tuduhan Tidak Setia – ‘Saya Ada Bukti’

    Shopee Sale



    Pelakon kacak, Fattah Amin menafikan dakwaan bekas isteri yang juga merupakan aktres, Fazura berlakunya curang dalam perkahwinan.

    Nafi dakwaan curang

    Ketika ditemui , Fattah, 34, menegaskan dia tidak pernah menduakan Fazura seperti yang didakwa berlaku pada Ogos tahun ini.

    Saya menafikan dakwaan tersebut. Peguam dia pun dah cakap tiada berlaku curang.. Kenapa tiba-tiba timbul?

    Itu semua saya nafikan. Saya nafikan, semua itu tak betul (curang dan tidak memberi nafkah). Saya ada bukti.

    Fattah berkata demikian sejurus sah bercerai, hari ini, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Tambah pemilik nama Abdul Fattah Abdul Amin, tohmahan yang dilemparkan Fazura semata untuk memalukan dirinya serta merosakkan nama baik.

    Tohmahan itu untuk memalukan saya, mencemarkan nama baik saya. Sedangkan kami dah ada perjanjian sebelum saya lafaz talak tadi.

    Bila ada perjanjian, kami masing-masing perlu menjaga nama baik, tidak mencemarkan nama. Itu perjanjian yang sudah ditandatangani bersama.

    Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa sedih dan terkejut apabila Fazura tergamak untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.

    Saya agak terkejut kenapa tiba-tiba ada kenyataan begitu daripada dia.

    Saya sedih sebenarnya. Macam yang difailkan, tiada persefahaman. Itu sahaja. Kes curang tiada.

    Video

    MENARIK:  Talita Melecur Di Mata, Pipi & Pergelangan Tangan Terkena Minyak Panas
    " data-video-id="7422866789329030401" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Replying to @the.catkbeauty Fattah masih sayangkan dia ??# #fyp #terkini #news #fattahamin #sayangkan #fazura

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

    Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah