Pelakon, Zul Ariffin memberi gambaran tidak lagi mahu terlibat dalam drama bertemakan kecurangan selepas membintangi Bisik Asmara yang mencetuskan perhatian ramai sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Aura Romantik Zul Ariffin Kembali Menyinar Menerusi Drama ‘Bisik Asmara’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Tak Jadi Hijrah Ke Mekah – ‘Saya Tak Nak Bekerjasama Dengan Orang Mengarut’
Tak berlakon
Menerusi potongan klip daripada siaran langsung, pemilik nama Zulkifli Ariffin berkata penglibatannya dalam drama itu sekadar untuk mencuba sesuatu yang berbeza daripada naskhah-naskhah lakonannya sebelum ini.
Katanya, dia sekadar ingin melihat bagaimana penerimaan penonton terhadap drama cinta sebegitu.
Saya pun tidak tahu. Lepas itu saya dah tidak buat cerita curang. Saya cuma mahu mencuba.
Tak buat dah, lepas ini kita buat cerita ‘gagah’. Saya saja je, nak tengok juga cerita-cerita cinta macam ini.
Cerita curang tu sekali saja lah.
Dalam pada itu, pelakon filem Magik Rompak itu, selepas ini dia akan menumpukan perhatian kepada genre yang biasa dilakukan olehnya.
Selepas drama Bisik Asmara, drama dah tiada. Saya buat filem, in shaa Allah lepas raya ada beberapa filem yang akan disiarkan.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Zul Ariffin Beri Bayangan Enggan Berlakon Drama Curang Lagi? – ‘Sekali Saja Lah’ first appeared on OHBULAN!.



#bisikasmara #zulariffin #fyp #viral 

