25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zhiddin Buat Kejutan Hadiah Pakej Umrah Untuk Mak – ‘Allah Beri Petunjuk Agar Saya Dapat Berbakti Pada Ibu’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Mas Zhiddin Zhiddan membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya pakej umrah.

    Air mata ibu

    " data-video-id="7422273148231453969" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @zhiddinazizz

    ? original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zhiddin dilihat sedang berada di lapangan terbang untuk menghantar ibunya pulang ke Langkawi, Kedah.

    Ketika ini saya sedang menghantar ibu saya pulang ke Langkawi. Ibu saya menyangka ini adalah pertemuan terakhir kami sebelum kami berangkat ke menunaikan ibadah umrah.

    Tapi sebenarnya..

    Ibu kepada Zhiddin kemudian membaca kenyataan daripada sebuah agensi umrah tanpa mengetahui bahawa itu adalah kejutan buatnya.

    Tarikh pulang 17 Oktober, jenis pakej umrah premium hotel 50 meter. Kami The Umrah Maqbullah Travel Sdn. Bhd. dengan sukacitanya ingin mengesahkan bahawa Raden Nor Azlina Raden Jumari telah ditempatkan untuk melaksanakan ibadah umrah.

    Kami juga ingin memaklumkan bahawa pembiayaan umrah ini telah ditaja oleh sepenuhnya oleh anakandanya iaitu Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Azid.

    Dalam keadaan sebak, Nor Azlina kemudian memeluk anak lelakinya itu dan mengucapkan terima kasih di atas pemberian tersebut.

    Menurut anak kepada pengacara terkenal Allahyarham Aziz Desa itu, pakej umrah tersebut dianggap sebagai pemberian istimewa kepada ibunya.

    Insan yang taja saya pakej umrah dalam video sebelum ini hanya taja saya seorang sahaja.

    Namun, saya sedar mungkin kehadirannya adalah petunjuk Allah agar saya dapat berbakti kepada ibu tercinta

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh melihat momen dua beranak itu dan mendoakan kesihatan mereka sepanjang di Tanah Suci.

    Arwah Aziz Desa orang baik, ditinggalkan anak-anak yang baik juga. Mewarisi sifat ayahnya. Semoga bahagia selalu.

    Tahniah, semoga Zhiddin dan ibu mendapat umrah yang mabrur. Amin.

    Semoga terus menjadi anak yang selalu berbakti kepada ibu ayah ya. Untung arwah Aziz Desa dapat anak macam ini, ibu bapa pandai didik anak.

    MENARIK:  Wanita Bimbang Sikap Suami Bandingkan Bahagian Sulit Bayi Dengan Isteri, Netizen Nasihat – ‘Tolong Selamatkan Anak Itu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah