Hantaran personaliti media sosial, Zhiddin Aziz mengenai arwah bapanya yang juga seorang pengacara popular Allahyarham Aziz Desa, telah meruntun rasa hiba dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Terkandas Akibat Konflik Di Asia Barat, Penerbangan Dibatalkan – ‘Tolong Doakan Kami’
Artikel Berkaitan: ‘Keikhlasan Saya Dalam Bidang Ini Adalah Kecenderungan Daripada Ayah Saya’ – Zhiddin Aziz
Ucapan arwah bapa
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz, memuat naik video ucapan Hari Raya daripada arwah bapanya iaitu pada tahun terakhir mereka menyambut Syawal bersama.
Bukan sekadar ucapan, Allahyarham Aziz dalam video tersebut turut memberikan kata-kata nasihat tentang kehidupan dan kerohanian.
Tidak bernama lautan jika ia tidak bergelora, tidak bernama manusia jika tidak melakukan salah dan silap.
Dalam hidup ini, ada ketikanya kita berada di persimpangan, ke lurah penuh onak, ke bukit penuh duri. Jalan mana satu yang nak kita pilih?
Mudah-mudahan kita menjadi manusia yang sentiasa insaf dan bertaqwa kepada Allah.
Ingatlah kita datang hanya sebagai tetamu senja, bila pulang nanti bawa dosa dan pahala.
Menurut Zhiddin, momen ketika pesanan tersebut dititipkan oleh arwah bapanya itu masih kekal diingatan meskipun sudah lebih 10 tahun pemergiannya.
163 hari sebelum ayah saya pergi, sempat terakam suara yang hari ini menjadi pusaka paling bermakna.
Ketika itu, saya berada di sisi sedang mendengar ucapannya, tanpa menyangka itulah antara hela nafas terakhir yang dititipkan dalam bentuk kata.
163 hari sebenarnya lama… tapi tahun itu, singkat sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dengan kehilangan seorang pengacara yang berbakat itu dan turut mengimbas kembali rancangan-rancangan televisyen yang pernah dikendalikannya.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Zhiddin Aziz ‘Throwback’ Ucapan Raya Arwah Aziz Desa – ‘Kita Datang Sebagai Tetamu Senja, Bila Pulang Bawa Dosa Pahala’ first appeared on OHBULAN!.





