Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz, meluahkan rasa kurang senang apabila beberapa kawasan di Kuala Lumpur, khususnya Bukit Bintang, dilihat semakin dipengaruhi budaya luar.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Kongsi Pengalaman Berurusan Bersama Polis Di Indonesia – ‘Mereka Pesan Buat Video Yang Bermanfaat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zeera Azizi Sedang Kenal Hati Budi, Sudah Jumpa Keluarga Zhiddin Aziz
‘Ulat’ tiket

Ketika kejadian, Zhiddin dilihat sedang mencari tempat letak kereta di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, dia didatangi oleh ulat tiket yang memintanya untuk membayar sebanyak RM15 sekiranya dia mahu meletakkan kereta di tempat itu.
Individu yang dipercayai pendatang asing itu juga didakwa mengugut, kononnya keretanya akan dipecah sekiranya dia enggan membayar.
Bukit Bintang ni dah mula masuk budaya negara jiran.
Tolonglah jangan layan ulat di kawasan Bukit Bintang ni lagi.
Semakin melayan semakin menjadi. Macam sebelum ni caj 5 ringgit je, tahu-tahu dah 15 ringgit! Makin menjadi!
Perkongsiannya itu kemudian mencuri perhatian dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Zhiddin Aziz Kurang Senang Bukit Bintang Dipenuhi Budaya Luar, Kongsi Kisah Ugutan – ‘Kalau Tak Bayar, Kereta Kena Pecah’ first appeared on OHBULAN!.





