30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zamarul Hisham Panjatkan Doa Depan Kaabah Buat Peminat & ‘Followers’ – ‘Luaskan Rezeki Mereka Seperti Air Zam Zam Mengalir Tiada Henti’

    Shopee Sale



    Pelakon Zamarul Hisham dan keluarga bersama beberapa orang lagi rakan artis sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

    Doa untuk peminat

    " data-video-id="7433744065658686738" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @zamarulhishamofficial

    Ini sahaja yg ZH mampu doakan dari sini khas utk mereka yg melihat video ini..?? #iamzamarul #makkah #kaabah #fyp #fy #fypp #fyp??

    ? original sound – ???? – ????

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Zamarul sedang mengerjakan tawaf dan berada berdekatan dengan Kaabah.

    Pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed itu kemudian memanjatkan doa pada yang Maha Esa khas buat peminat dan pengikutnya di media sosial.

    Ya Allah, aku berdoa di depan Kaabah ini khusus kepada ‘followers’ dan peminat yang mengenali aku.

    Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada semua, kau ampunilah dosa-dosa mereka.

    Kau perluaskanlah rezeki mereka seperti air zam zam yang mengalir tiada henti.

    Kau bahagiakanlah mereka bersama keluarga mereka.

    Sembuhkan penyakit mereka dan Kau berikanlah ilmu yang bermanfaat untuk mereka.

    Jauhkanlah mereka dan keluarga mereka daripada segala bahaya dan wabak penyakit.

    Selain mendoakan kebaikan, aktor berusia 53 tahun tersebut turut berdoa agar peminat-peminatnya dapat menjejakkan kaki ke kota Makkah dan diberikan rezeki untuk menunaikan umrah.

    Kepada sesiapa yang belum sampai di sini, kau permudahkanlah urusan mereka dan berikanlah peluang kepada mereka.

    Kayakan mereka supaya dapat sampai ke sini.

    Jauhkan mereka daripada kesempitan wang dan kemiskinan serta khianat orang terhadap mereka..musuh-musuh yang tidak dikenali dan penyakit ain.

    Kepada yang susah, Kau berikan kesenangan, yang miskin Kau berilah kekayaan agar mereka sampai di ‘rumah’ mu Ya Allah.

    Netizen terharu

    Ternyata doa-doa yang disampaikan Zamarul telah membuatkan rata-rata warganet terharu dan menangis serta berterima kasih kepadanya.

    Amin, menitik air mata. Semoga kita semua berpeluang ke sana bersama keluarga.

    Terima kasih Zamarul kerana mendoakan kami, semoga yang baik juga untuk awak sekeluarga.

    Menangis saya dengar doa ini. Semoga kita semua berpeluang untuk ke Makkah.

    MENARIK:  Pelakon Drama Kantoi ‘Shopping’ Guna Duit Palsu

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah