29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Yusry Alami Mimpi Misteri, Yakin Petunjuk Lisa Surihani Layak Dijadikan Isteri – ‘Dari Situ Saya Tahu Dia Orangnya’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan ‘mimpi misteri’ yang pernah dialami sebelum mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Lisa Surihani.

    Artikel Berkaitan: Yusry KRU Seronok Layan ‘Threads’ – ‘Ada Perkongsian Informasi, Ada Juga Yang Toksik’

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib & Mamat Kongsi 3 Perkara Untuk Jaga Persahabatan – ‘Sayang Kawan, Ia Akan Menebal Sampai Kiamat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mata Lisa Surihani Tak Lekang Tengok Yusry, Netizen Sakan Mengusik – ‘Bila Dapat Kahwin Dengan Crush Sendiri’

    Mimpi misteri

    " data-video-id="7538261524217875730" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tooprettytohandle_

    Yusry KRU mimpi perempuan berbaju putih berambut hitam!.. Link di bio TooPrettyToHandle yusrylisa yusrykru lisasurihani TooPrettyToHandle EstikaMedispa PodcastMalaysia See translation

    ♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yusry akui menempuh saat sukar semasa kegagalan rumah tangganya yang pertama.

    Ujarnya, dia mengalami mimpi misteri mengenai seorang wanita berambut panjang.

    Saya pernah cerita hal ini pada ahli keluarga di mana saya berada di titik terendah selepas gagal pada perkahwinan pertama saya.

    Saya mencari kehidupan baru.

    Dan saya ada alami satu mimpi. Saya tidak nampak mukanya tapi dia berambut panjang hitam dan berbaju putih.

    Mimpi itu buatkan saya rasa sangat tenang.

    Bila saya jumpa Lisa, saya rasakan ketenangan yang sama.

    Dalam pada itu, Yusry berpendapat mimpi itu merupakan petanda bahawa Lisa adalah wanita yang selayaknya untuk dikahwini.

    Sekadar info, Yusry dan Lisa sah bergelar suami isteri pada 23 Februari 2012.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

    Sumber: TikTok @tooprettytoohandle

    The post [VIDEO] Yusry Alami Mimpi Misteri, Yakin Petunjuk Lisa Surihani Layak Dijadikan Isteri – ‘Dari Situ Saya Tahu Dia Orangnya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah