Pasangan pempengaruh terkenal, Yazmin Aziz dan kekasihnya, Simon, sekali lagi mencuri tumpuan warganet dengan gelagat lucu mereka sempena ulang tahun bulanan (monthsary).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yazmin Aziz Rangkul Tempat Pertama, Bangga Jadi Wakil Malaysia Di Kazakhstan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Yazmin Aziz Buat Kejutan Sempena Hari Lahir, Netizen Komen – ‘Mesti Dalam Bilik, Macam Dah Nikah’
Kekasih buat kejutan
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan momen Simon membuat kejutan buat teman wanitanya itu.
Pada awalnya Yazmin yang sedang sibuk merakam kandungan untuk vlognya terkejut melihat Simon muncul dari belakang sambil membawa sejambak bunga ros.
Tetapi apa yang lebih mencuri perhatian ramai apabila Simon melondehkan seluar panjang yang dipakainya sambil menunjukkan sehelai seluar boxer yang dicetak wajah Yazmin.
Gelagat lucu itu membuatkan Yazmin ketawa terbahak-bahak.
Muka saya ada di tengah situ.
Tidak terhenti di situ, Simon kemudian mengeluarkan beberapa hadiah lain di mana kesemuanya ditempah khas dengan wajah Yazmin dan gambar mereka berdua.
Antara hadiah unik tersebut termasuklah dua helai seluar pendek, tuala merah jambu dan biru, selimut besar serta bantal yang dipotong khas mengikut bentuk wajah pasangan itu.
Saya tak pernah dapat benda macam ini sepanjang hidup saya.
Saya tak pernah tengok muka saya pada begitu banyak benda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lucu pasangan ini.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Yazmin Aziz Tak Sangka ‘Surprise’ Unik, Kekasih Pakai Boxer Bergambar Wajahnya – ‘Muka Saya Dekat Tengah Tu’ first appeared on OHBULAN!.





WATCH TILL THE END! She’s so happy with my surprise gift! I love you baby @Yazmin Aziz and I hope you like it! @printstrix 
– Simon Says Vlog 

