23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wanita Bertunang Tanpa Pernah Berjumpa Dengan Pilihan Hati – ‘Tiada Keraguan, Risau Love Scam Tapi Rekod Bersih’

    Shopee Sale



    tak kenal tunung

    Kisah seorang wanita mengikat tali pertunangan meskipun tidak pernah bersua muka dengan pilihan hatinya telah mendapat perhatian warganet di media sosial.

    Bercinta jarak jauh

    Menerusi Instagram (IG) milik wanita bernama Nur Syafiqah Abd Rashid, telah selamat bertunang dengan seorang jejaka iaitu Mohd Hafiz Jamaludin pada 23 Disember lalu walaupun ramai kenalannya menyoal tentang keputusan itu.

    Kawan saya cakap saya gila sebab bertunang dengan lelaki yang saya tak pernah jumpa depan- depan. Ya saya akui, saya sendiri pun tak percaya saya buat keputusan macam ni.

    Menurut Syafiqah, Hafiz hanya menyaksikan majlis pertunang mereka secara atas talian kerana dia merupakan seorang chef restoran yang bertugas di Australia.

    Kami hanya berkawan online lepas tu bercinta jarak jauh selama satu tahun tapi tak pernah sekali pun kami berjumpa sebab dia kerja dekat Australia dan saya di Malaysia.

    Difahamkan mereka mula berkenalan pada tahun 2022 iaitu selepas Hafiz menyertai sesi siaran langsungnya di platform media sosial.

    Bukan ‘love scam’

    tak kenal tunang

    Menerusi temu bual bersama Harian Metro, Syafiqah mengakui pada awalnya keluarga berasa bimbang dengan perhubungan jarak jauh mereka.

    Bagaimanapun setelah menyelidik latar belakang lelaki tersebut, mereka yakin dengan pilihan Syafiqah.

    Keluarga saya macam tak bagi teruskan hubungan (dan berat hati) kerana risau saya jadi mangsa ‘love scam’. Tapi abang bantu semak latar belakang tunang dan keluarga yakin selepas dapat tahu ‘rekodnya’ (tunang) bersih.

    Saya pula terima tunang sebab perwatakannya dan kesungguhannya untuk melamar saya. Saya juga pernah membuat panggilan video bertiga dengan tunang dan ibunya restu, malah terima saya sebagai bakal menantunya.

    Dalam pada itu, Syafiqah memaklumkan dia akan menemui Hafiz buat kali pertama yang dijangka pulang ke Malaysia pada April ini manakala majlis pernikahan mereka pula bakal berlangsung pada bulan Mei.

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Syafiqah Abd Rashid (@syafiqah_311)

    MENARIK:  ‘Chef Terhebat Dunia Pun Tak Cakap Begitu, Kalau Tak Sedap Mereka Kata Tidak Sesuai Dengan Tekak’ – Anis Nabilah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah