30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Walaupun Rezeki Masuk, Jiwa Tetap Kosong.. Ini Soal Hati’ – Kamal Adli

    Shopee Sale

    Tahun 2025 nyata bukan perjalanan yang mudah buat pelakon Kamal Adli. Di sebalik kerjaya seni yang mencurah peluang dan rezeki, aktor itu mengakui dirinya berdepan cabaran peribadi yang cukup berat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tumpang Gembira Lihat Rezeki Kamal Adli Terus Melimpah – ‘Tahun 2026 Tahun Dia’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar ‘Laku Keras’ Gara-Gara Fenomena Jamilah – ’16 Tahun Saya Memperlahankan Kerjaya Seni’

    Tahun yang berat

    View this post on Instagram

    A post shared by JAKEL TEXTILE – HQ KL (@jakeltextile)

    Menurut Kamal, 39, tahun ini bukan tahun untuk dirinya sebaliknya hanya menumpang rezeki Que Haidar dan netizen yang membantu membuka laluannya dilantik sebagai duta.

    Ramai ingat tahun ini tahun saya. Tahun depan pun konon tahun saya juga. Tapi jujur, bukan. Tahun ini sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma menumpang.

    Alhamdulillah, cuma tahun ini tahun duka saya sebenarnya. Tahun berat untuk saya. Saya terus bekerja tanpa henti. Dalam saya melalui tempoh sukar, Allah bagi juga sedikit rezeki untuk buat saya senyum.

    Tapi saya tetap perlu teruskan. Saya seorang diri di rumah, itu yang buat semuanya terasa berat.

    Kata pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia menjalani kehidupan harian yang sukar dan akui jiwanya berasa kosong.

    Susah sebenarnya sebab saya seorang. Saya seorang kat rumah dan perkara itu tak seronok.

    Kalau tak shooting saya rasa habis saya kat rumah. Mungkin saya akan mula melukis gambar kat dinding kan. Saya tiba-tiba belajar memasak ke.

    Ada benda orang tak tahu dan saya tak perlu kongsi. Memang susah sebenarnya. Walaupun rezeki masuk, jiwa tetap kosong. Ini soal hati.

    Dalam perkembangan lain, juara Hero Remaja 2007/2008 diumumkan sebagai duta raya Jakel 2026 bersama selebriti, Que Haidar dan Elly Mazlein.

    MENARIK:  Rosyam Nor Komen Isu Pelakon Datang Lewat – ‘Janganlah Sampai 5 Jam Lambat, Itu Kurang Ajar Namanya’

    Terdahulu, rumah tangga Kamal berdepan ujian apabila isterinya, Uqasha Senrose, memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira berusia 19 bulan.

    The post [VIDEO] ‘Walaupun Rezeki Masuk, Jiwa Tetap Kosong.. Ini Soal Hati’ – Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah