Seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Lah berkongsi tentang beberapa perkara yang perlu diambil tahu sebelum mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Amira Bertukar Status Dari Rakan Sekerja Kepada Rakan Serumah’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi
Nasihat ustaz
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Lah atau nama lengkapnya Abdullah Abdol Razak, berkata, agama adalah perkara penting yang perlu dikuasai oleh seseorang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Ada beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu sebelum nak ajak seseorang jadi rakan serumah.
Pastikan kita betul-betul bersedia dengan agama.
Takkan kita nak kahwin dalam keadaan solat dan puasa pun kita tak tahu?
Selain itu, Ustaz Lah turut menekankan niat mendirikan rumah tangga hendaklah kerana Allah SWT, di samping memilih pasangan yang berpegang teguh kepada agama.
Yang kedua, betulkan niat kita nak kahwin kerana apa, bukan sekadar untuk melepaskan nafsu tetapi kita nak kahwin kerana Allah.
Nafsu, harta..semua boleh hilang tapi Allah takkan pernah hilang daripada perkahwinan kita.
Pilih pasangan bukan kerana cantik atau minat tetapi Islam ajar pilih kerana agamanya.
Ini akan memimpin sesebuah keluarga hingga ke syurga.
Perancangan kewangan

Gambar sekadar hiasan
Selain itu, bakal pengantin juga perlu mempunyai perancangan kewangan mereka supaya dapat menjamin kelancaran perbelanjaan keluarga kelak.
Kewangan bukanlah perkara utama tetapi ia sangat penting kerana kita nak menanggung keluarga dan nak beri nafkah yang secukupnya.
InsyaAllah setelah berkahwin, kewangan akan lebih terjamin dan rezeki makin bertambah.
Tapi kita kena ada perancangan tentang kewangan.
Ustaz Lah juga menekankan supaya setiap pasangan perlu mempercepatkan hari bahagia mereka supaya terhindar daripada hasutan syaitan.
Kalau semuanya dah cukup, jangan tangguh lama-lama kerana syaitan akan cuba untuk menghancurkan setiap hubungan baik.
Terus merisik dengan cara yang elok dan jumpa dengan keluarga. Cepat-cepat jadikan rakan sekerja itu sebagai rakan serumah.
Sumber: TikTok Ustaz Lah Official
The post [VIDEO] Ustaz Kongsi Perkara Yang Perlu Diambil Tahu Sebelum Jadi ‘Rakan Serumah’ – ‘Bersedia Dengan Agama & Betulkan Niat Berkahwin’ first appeared on OHBULAN!.



#UstazLahOfficial #nikah #rumahtangga #islamik #dakwah 

