32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ditegur Kurang Profesional, Aisha Retno Respon – ‘Saya Tahu Bila Masa Untuk Jadi Silly Kacip & Bila Kena Serius’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno tampil menjawab teguran seorang individu yang menyifatkan sikapnya ketika berada dalam sesuatu acara sebagai kurang profesional.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Nafi Lagu ‘Tak Adil’ Dihasilkan Dengan Bantuan AI – ‘Nak Guna Aplikasi Tu Pun Saya Tak Tahu’

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist

    Aisha Retno jawab dakwaan jadi ‘silly kacip’

    View on Threads

    Menerusi hantaran Threads, individu berkenaan mengakui Aisha seorang penyanyi yang bagus, namun berpendapat sikapnya yang sering melakukan aksi spontan dan mimik muka membuatkan dirinya kelihatan kurang profesional sebagai seorang artis.

    Dakwanya lagi, seseorang yang bergelar figura awam perlu tahu membawa diri kerana mereka turut menjadi contoh dan memberi pengaruh kepada orang lain.

    Menjawab teguran tersebut, Aisha berkata bukanlah satu kesalahan apabila seseorang itu memilih untuk berseronok atau menjadi diri sendiri. 

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Tak Adil ini berkata, dia juga tahu membezakan antara waktu untuk bergurau dan bersikap serius, terutama ketika menjalani urusan kerja.

    Tak ada salahnya untuk berseronok sedikit, orang kata YOLO. Tak perlu risau okay!

    Dengan didikan ibu bapa Aisha, saya tahu bila masa terbaik untuk menjadi ‘silly kacip’ dan bila perlu serius dalam perbincangan berkaitan urusan kerja seperti yang anda lihat dalam temu bual ini.

    Dalam pada itu, Aisha turut menegaskan bahawa dia menghargai didikan yang diberikan ibu bapanya, selain mengakui masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki sepanjang menjalani kehidupan sebagai anak seni.

    Tak akan biarkan ibu bapa kecewa dengan pendidikan yang mereka berikan kepada saya. Semua terima kasih kepada Universiti Malaya juga untuk perkembangan PR saya setakat ini.

    Mungkin masih ada beberapa kesilapan di sana sini, tetapi pengalaman sedang membentuk kesedaran diri saya. Insya-Allah. Ketahuilah pucuk pangkal dulu.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Bukan Kerana Kuat Diet & Bekerja, Tapi Baby A Tidak Sihat’ – Fasha Sandha Keguguran Usia Kandungan 10 Minggu

    The post Ditegur Kurang Profesional, Aisha Retno Respon – ‘Saya Tahu Bila Masa Untuk Jadi Silly Kacip & Bila Kena Serius’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah