31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustaz Jafri Mahmoodi Beri Panduan Qada Solat Fardhu Semasa Tarawih – ’20 Rakaat, Boleh Selesai 10 Solat Fardhu’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Jafri Mahmoodi tampil memberi penerangan ekoran individu beragama Islam yang qada solat fardhu ketika menunaikan solat sunat tarawih.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perlakuan Kamu Mesti Selari Dengan Niat’ – Ustaz Jafri Mahmoodi Tegur Wanita Berniqab Hias Mata

    MENARIK:  Hukum Saman Fitnah Dalam Era Digital: Menjaga Maruah & Menegakkan Keadilan Menurut Islam

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Musafir Yang Pergi Konsert Tidak Boleh Solat Jamak Qasar’ – Ustaz Jafri Mahmoodi

    Qada solat fardhu dalam solat tarawih

    " data-video-id="7608485879539043605" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @jafrimahmoodi_off

    Siri Ramadhan 19 : Persoalan tentang boleh tak menjadikan waktu solat terawikh untuk qadha solat-solat fardhu sambil mengikut imam? #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar

    ♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Jafri memaklumkan umat Islam dibolehkan untuk menggantikan solat fardhu dalam solat sunat tarawih.

    Menurut Ustaz Jafri, qada solat fardhu diberi keutamaan pada solat Subuh yang turut terdiri daripada dua rakaat.

    Ada yang bertanya, boleh ke jadikan waktu solat tarawih itu untuk dia qada solat-solat yang dia tinggalkan.

    Jawapan dia boleh. Khususnya solat subuh.

    Solat tarawih 2 rakaat, solat subuh pun 2 rakaat.

    Panduan qada solat fardhu

    Justeri itu, Ustaz Jafri memberi penerangan secara terperinci mengenai cara qada solat fardhu dalam solat sunat tarawih.

    Tambahnya, doa qunut boleh digantikan dengan bacaan pendek tanpa perlu mengangkat tangan selepas rukuk.

    Bila setiap kali imam bangun untuk solat tarawih 2 rakaat, dia ikut imam itu dengan niat qada solat subuh.

    Untuk bahagian doa qunut, boleh menggunakan lafaz doa qunut yang pendek.

    Doanya berbunyi ‘Ya Allah, ampunilah aku, wahai Yang Maha Pengampun’ (اللهم اغفر لي يا غفور).

    Angkat tangan ketika qunut itu hukumnya sunat, jadi bila lepas rukuk, baca saja doa qunut pendek itu kemudian boleh terus sujud bersama imam.

    Bayangkan 20 rakaat tarawih, boleh selesai 10 solat fardhu subuh untuk qada.

    Jom jadikan Ramadan ini bukan sekadar perbanyakkan amalan sunat tapi juga berusaha untuk qada solat dan hutang dengan Allah.

    Sumber: TikTok @jafrimahmoodi_official

    The post [VIDEO] Ustaz Jafri Mahmoodi Beri Panduan Qada Solat Fardhu Semasa Tarawih – ’20 Rakaat, Boleh Selesai 10 Solat Fardhu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah