27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tuju Dakwa Masih Belum Terima Respon K-Clique, Tangguh Hantar LOD – ‘Tiada Niat Menyakiti..’

    Shopee Sale

    Bekas anggota kumpulan K-Clique, Tuju memaklumkan masih belum menerima sebarang respon daripada rakan-rakan kumpulannya itu meskipun selepas memberitahu bakal menghantar notis tuntutan (LOD).

    Artikel Berkaitan: Tuju Dakwa Dah Empat Tahun Tak Terima Royalti, Bakal Hantar LOD Kepada Anggota K-Clique – ‘Aku Beri Korang Peluang Selesaikan’

    Tangguh LOD

    Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Ohhyeahh, Tuju atau nama sebenarnya Mohd Azree Shah Awang Zamree, 30, menegaskan tindakan tersebut diambil kerana ia merupakan hak dari hasil usaha kerasnya selama ini.

    Saya lihat mereka masih menyanyi. Itu antara titik peluh saya. Takkanlah saya tidak boleh bersuara untuk titik peluh dan hak saya.

    Itu adalah waris untuk anak-anak dan isteri saya kalau saya sudah meninggal.

    Bagaimanapun, Tuju mengambil keputusan untuk menangguhkan tindakan undang-undang tersebut bagi membuka ruang perbincangan di antara mereka.

    Bukan ingin menyakiti hati orang lain. Tetapi di mana kematangan kita sebagai seorang manusia di fasa umur 30 tahun?

    Itu sebab kenapa saya menangguhkan LOD, kerana semuanya terletak pada mereka. Keputusan hantar LOD ni semuanya datang dari mereka sendiri, bukan dari saya.

    Kalau difikirkan saya tidak mahu hantar surat, mereka semua itu kawan-kawan saya.

    Kau pernah bayar aku dulu setiap tahun. Tiba-tiba empat tahun ini aku senyap, kamu pun senyap, tidak mahu bayar.

    Tambah Tuju, dia berasa kesal kerana mendakwa mereka masih lagi belum memberi maklum balas mengenai isu tersebut meskipun telah mendedahkannya di media sosial sebelum ini.

    Sebab itu saya bersuara di Threads. Selepas saya bersuara di Threads, masih tiada maklum balas dari mereka

    Saya tangguh lagi LOD, sebab mahu tengok sejauh mana perangai manusia ini. LOD ni bila-bila masa saja, esok pun boleh jadi. 

    Saya tidak ada niat untuk menyakiti orang ataupun kumpulan itu sendiri. 

    Dalam masa yang sama, Tuju juga mendakwa tiada perbincangan dilakukan di antara mereka berhubung masalah berkenaan.

    Perbincangan tidak berlaku. Macam mana mahu berlaku kalau dia mereka tidak balas? Saya saja yang hubungi tetapi mereka tidak balas.

    Terdahulu, menerusi perkongsian di Threads Tuju memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan rap itu bagi menuntut bayaran royalti yang didakwa sudah tertunggak selama empat tahun.

    MENARIK:  Belanjawan 2025: Ini 10 Tumpuan Utama Yang Rakyat Perlu Ambil Tahu! Lawa Warna Baju Melayu PMX

    Untuk rekod, spekulasi mengenai tindakan Tuju meninggalkan K-Clique mula timbul pada penghujung 2022, namun ketika itu dia memilih untuk tidak memberikan penjelasan lanjut.

    Hampir dua tahun kemudian, Tuju akhirnya mendedahkan keputusan untuk bergerak solo dibuat atas kehendaknya sendiri. Namun, dia enggan mendedahkan punca sebenar keputusannnya keluar daripada kumpulan tersebut.

    Selain Tuju, K-Clique turut dianggotai MK, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

    Sumber: Sembang OhYeah

    The post [VIDEO] Tuju Dakwa Masih Belum Terima Respon K-Clique, Tangguh Hantar LOD – ‘Tiada Niat Menyakiti..’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah