29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tiada Istilah Penyakit Ain, Memang Mahu Jaga Hati Kawan-Kawan’ – Sufi Rashid

    Shopee Sale



    Penyanyi Sufi Rashid menepis dakwaan berkenaan memilih untuk tidak berkongsi gambar anak kerana bimbang terkena penyakit ain.

    ‘Tiada istilah penyakit ain’

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Sufian Rashid itu berkata keputusan itu dibuat susulan mahu menjaga hati kawan-kawan yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

    Ramai sangat yang membuat andaian sebegitu, tetapi sebenarnya tidak. Kami (saya dan isteri) tiada terfikir pasal penyakit ain atau sebagainya.

    Saya ada ramai kawan-kawan yang sedang mencuba (untuk mendapatkan anak). Mereka ada yang sudah berkahwin lapan atau sembilan tahun.

    Selama lima tahun kahwin, saya dengan isteri memang merancang tidak pernah mencuba. Akhirnya apabila mencuba, tidak sangka sangkut.

    Akan kongsi nanti

    Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia akan berkongsi gambar anak perempuannya apabila sudah mencapai umur setahun.

    MENARIK:  Fazura Bak Puteri Raja, Busana Kuning Naikkan Seri

    Bagaimanapun, Sufi berkata dia dan isterinya tidak menyorokkan muka anaknya apabila berada di luar namun berhati-hati di media sosial.

    Kami sangat gembira untuk kongsi gambar anak tetapi mahu menjaga hati kawan-kawan.

    Kami tunjuk sahaja muka anak apabila berada di luar, tetapi apabila dalam media sosial saya tidak tunjuk.

    Mungkin apabila capai umur setahun baru kami kongsi. Tiada istilah penyakit ain, kami memang mahu jaga hati kawan-kawan.

    Sebelum ini, Sufi dan isterinya, Nurul Ain Md Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.

    Hasil perkahwinan selama lima tahun itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada November 2024,

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah