31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Terima RM2,000 Daripada Pempengaruh, Netizen Sebak Tengok Peniaga Sujud Syukur – ‘Mereka Memang Layak

    Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Vain menghampiri sebuah gerai kecil yang dikendalikan oleh pasangan, Daus dan Yana. 

    Pasangan ini menjual minuman Tropicana Laichee serta pelbagai snek ringan, termasuk produk yang digelar ‘Magic Beans’.

    Pada awalnya Vain berpura-pura tertinggal dompet dan telefon bimbitnya. Tanpa teragak-agak, suami isteri itu menawarkan minuman secara percuma kepada Vain.

    Vain kemudiannya mengeluarkan wang tunai sebanyak RM1,000 dan menyatakan hasrat untuk membeli kesemua barangan di gerai tersebut untuk disedekahkan.

    Tidak cukup dengan itu, Vain menambah lagi RM1,000 sebagai hadiah tambahan buat Daus dan Yana, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM2,000. 

    Suasana menjadi hiba apabila Yana tidak dapat menahan air mata kesyukuran, manakala Daus dilihat melakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasih kepada Yang Maha Esa.

    Selain wang tunai, Vain turut menyampaikan set penjagaan wajah daripada Hada Labo kepada Yana. 

    Komen

    Sumber: TikTok Vain Liew

    The post [VIDEO] Terima RM2,000 Daripada Pempengaruh, Netizen Sebak Tengok Peniaga Sujud Syukur – ‘Mereka Memang Layak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah